Adun Kedah angkat sumpah Isnin ini

- Advertisement -

ALOR SETAR: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dijangka mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Undangan Negeri pada Isnin ini.

- Advertisement -

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, majlis angkat sumpah itu akan diadakan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 25 September ini.

Pada sidang terbabit juga akan diadakan majlis pelantikan dan angkat sumpah Speaker DUN Kedah untuk penggal ke-15.

Terdahulu, Muhammad Sanusi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 14 Ogos lalu di Istana Anak Bukit, kemudian diikuti 10 anggota Exco pada 21 Ogos.

Persidangan pertama selepas PERIKATAN NASIONAL (PN) berjaya mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu difahamkan akan berlangsung separuh hari.

Pada PRN lepas PN menang 33 kerusi DUN, manakala PH kuasai 3 DUN iaitu Bakar Arang, Kota Darul Aman dan Sidam. – HARAKAHDAILY 22/9/2023

- Advertisement -