Cikgu Kasim calon PERIKATAN NASIONAL PRK DUN Pelangai

- Advertisement -

BENTONG: Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong, Kasim Samat, 62, diisytiharkan sebagai calon PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai yang akan berlangsung pada 7 Oktober nanti.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan demikian pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya dan Pengumuman Calon PERIKATAN NASIONAL PRK N36 Pelangai di Simpang Pelangai, malam ini.

Turut berucap pada majlis itu ialah Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Negeri Pahang, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah dan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar.

Yang turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ahmad Yahaya, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS Malaysia, Senator Balasubramaniam Nachiappan.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS menerima tiga nama untuk dipilih sebagai calon dan dibawa kepada Majlis Syura Ulamak.

Katanya, dari segi syarie, Majlis Syura Ulamak mendapati ketiga-tiga nama itu layak lalu parti mempertimbangkan yang terbaik dari kalangan mereka.

“Lalu parti bincang semua terbaik, siapa hampir dengan pengundi sebab dia nak jaga rakyat.

“Jadi kita pilih calon dari Pelangai yang bergelumang dengan tuan-tuan, bukan yang lahir di sini tapi duduk di Kuala Lumpur atau tempat lain.

“Saya dengan ini mengumumkan calon yang telah disepakati oleh PERIKATAN NASIONAL yang akan bertanding di N.36 Pelangai, Cikgu Kasim Samat,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Kasim mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Chabau, Jasin (1968·1971), SK Felda Chemomoi (1971·1972), SMK Bukit Mandi, Triang (1973-1975), SMK Temerloh (1976- 1978), Kole] Islam Kelang, Selangor (1979-1980), Diploma Salns Dengan Pendidikan, UPM (1985) dan ljazah Sains Kepujian, Biologi, UPM (1996).

Beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Kasim pernah menjadi tenaga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buklt Mandi, Triang (1985-1990), SMK Felda Chemomoi (1991-1999), Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan (1999-2006), SMK Bongawan, Sabah (2006-2017), SMK Seri Bera (2017-2018) dan SMK Tembangau (2019-2021).

Dalam politik, selain Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong, Cikgu Kasim adalah Ketua Lajnah Pendldikan PAS kawasan, Penyelaras PAS DUN Pelangai, Ketua PAS Cawangan Sri Chemomoi dan AJK Lajnah Pendidikan PAS negerl.

Beliau banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan diamanahkan sebagai pemimpin pertubuhan antaranya ialah Pengerusl Pertubuhan Silat Senl Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Negeri Pahang, AJK Pertubuhan Silat Kebangsaan (PESAKA) Negeri Pahang, Pengerusi PESAKA Daerah Bera, Naib Pengerusi Persatuan Pelajar Felda Chemomoi, Gurulatlh PSSGMK Felda Chemomoi, Ahli Persatuan Ukhwah Anak Chemomoi (PUAC)-NGO, AJK PIBG SMK Sri Pelangai, Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Kg Chemomoi, Pengarah KAWAN Negeri Pahang dan Ahli JABAT Negeri Pahang.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Dato’ Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi PRK itu pada 23 September ini, mengundi awal 3 Oktober dan hari mengundi pada 7 Oktober. – HARAKAHDAILY 20/9/2023

- Advertisement -