Bercakap perihal agama tanpa ilmu adalah proksi syaitan

- Advertisement -

SAYA terkejut menonton satu klip video daripada YB Howard Lee yang mempertikai dan mempersoalkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Kita faham sikap pertikaian terhadap musuh politiknya. Cuma bila YB mula mengupas lebih dalam mengenai hukum agama lebih-lebih lagi terhadap perkara-perkara aqidah dan tafsiran al-Quran, ada beberapa soalan yang saya mahu tanyakan kepada YB:

1. Apakah autoriti YB untuk bercakap mengenai maksud dan tafsir ayat al-Quran, menghukum mana-mana pihak sebagai Khawarij? Ada ambil mana-mana diploma atau pendidikan pengajian Islamkah?

2. Adakah Khawarij di sini bermaksud anda telah mengkafirkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi? YB kata YB dah kaji tapi YB tak tahukah di sana ada nukilan sejarawan daripada Khalifah Ke-4 Islam Saidina Ali R.A yang menerima Khawarij sebagai umat Islam?

3. Tahukah YB ketaatan pada pemerintah di dalam Islam itu ada had dan tidak mutlak dan ini disepakati oleh seluruh ulamak tafsir. Takkan hanya pandai pilih ayat yang kena dengan selera kita sahaja?

4. Masyarakat hidup bersatu padu seperti Madinah Al-Munawwarah yang bagaimana YB katakan puak-puak YB perjuangkan? Yang sibuk berkempen ketika pilihan raya untuk memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu? Yang memaki hamun Melayu dan menghina orang Islam? Yang memperjuangkan perjuangan negara sekularkah?

5. Tahukah YB agama Islam ini ada disiplin ilmu yang tinggi dan ketat sebelum hukum dikeluarkan. YB nak hukum orang, nak kafirkan orang ini datang daripada disiplin ilmu mana?

Video YB ini pada hemat saya satu penghinaan kepada agama Islam kerana YB tidak tahu mengenai Islam tetapi memandai-mandai bercakap perkara-perkara yang dalam mengenai Islam. YB berpotensi memberi salah faham terhadap agama kerana langsung YB tidak mempunyai autoriti untuk mengupas isu-isu agama.

Disebabkan YB petik ayat Quran, saya ajar YB satu ayat Quran hari ini yang Allah ceritakan perangai sejenis manusia yang menjadi proksi syaitan. Ini bukan saya kata, tapi Allah berfirman yang bermaksud:

- Advertisement -

“Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan hukum Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.”

(al-Hajj: 3)

ABU ZAINAB AHMAD SYAKIR NORAZLI
Ketua Penerangan
Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) – HARAKAHDAILY 20/9/2023

Rujukan video penuh: https://www.facebook.com/watch/?ref=search&v=1431921350984542&external_log_id=54ddd762-7501-4aba-80ed-a06ed89dc031&q=howard%20lee%20%E6%9D%8E%E5%AD%98%E5%AD%9D

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100067819254542/posts/pfbid05Q1ZLBnviJ6U3jBQqyYGdjfeiNQ2uCmYTzmiCkA7aUSNjhY7HxsqvwWjrvWmMirfl/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -