‘Hulu’ sangat politik pemimpin kita – Sanusi

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

JERAI: Pengumuman pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang dibuat Perdana Menteri Isnin lalu dianggap sebagai tidak mengejutkan.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pengumuman projek tersebut sebgai ucapan terima kasih di atas sokongan padu DAP terhadapnya.

“Pengumuman itu lebih kepada sebagai tanda terima kasih Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Projek itu adalah projek istimewa kepada Pulau Pinang sebagai tanda terima kasih kepada DAP,” katanya selepas Perasmian Tuaian Projek Padi Benih Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf LZNK, Padang Lumat petang semalam.

Isnin lalu ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025 di Dewan Rakyat Perdana Menteri mengumumkan projek pembesaran LTAPP dan pembangunan semula Subang serta pelabuhan baharu di Pulau Carey Klang, Selangor.

Mengulas perkembangan itu Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengumuman kerajaan itu sebagai dikriminasi kepada Kedah.

Bagaimanapun Sanusi berharap kerajaan persekutuan meneruskan semua projek yang dirancang dalam RMK12 sebelum ini termasuk membina Jalan Kampung Kuala Sungai Udang ke Pantai Murni.

“Mana ada orang dapat kuasa kemudian nak nafikan hak orang lain. Tak boleh. RMK12 sedang berjalan, walaupun ada orang nak tahan ke apa tetapi ia berjalan.

“Tetapi hakikat politik di Malaysia, macam itu tulah ia tak macam negara lain, kita ini tak tahulah ‘hulu’ sangat politik kita ini,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 14/9/2023

- Advertisement -