Himpunan Aman Selamatkan Malaysia dibenarkan demokrasi

(Foto: UPDI)
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ yang dianjur Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN) pada sambutan Hari Malaysia disifatkan himpunan yang dibenarkan dalam demokrasi negara ini.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berpandangan perkara itu biasa yang mana ia merupakan hak sebagai warga Malaysia.

“Sekiranya mendapat kebenaran dari pihak berkuasa, saya rasa ianya satu himpunan biasa yang dibenarkan dalam demokrasi negara kita.

“Kenapa tiba-tiba perhimpunan seperti sedemikian tidak dibenarkan dalam negara kita sedangkan ianya sudah menjadi amalan sekian lama dan tidak ada insiden yang tidak dingini berlaku.

“Jadi saya berharap sekiranya ada permohonan daripada penganjur pihak berkuasa haruslah menggunakan peruntukan yang ada untuk memberi kebenaran pada mereka,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Simposium Pelaksanaan Syariah Dalam Itqan Al-muluk Bita’adil Assuluk di sini, hari ini.

Ditanya sama ada akan menyertai himpunan itu, beliau memaklumkan tidak dapat hadir berikutan mempunyai urusan rasmi di Terengganu pada waktu tersebut.

Beliau dalam masa sama, menasihatkan peserta supaya tidak melayan sebarang provokasi daripada mana-mana pihak bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Saya rasa mana perhimpunan yang lalu pun sekiranya tidak ada provokasi yang akan ditimbulkan oleh pihak-pihak lain ianya boleh berjalan dengan aman.

“Semua peserta yang hadir pun haruslah melihat kiri dan kanan (sekiranya) timbul provokasi jangan percaya,” katanya.

Pada 10 September lepas, Pemuda PERIKATAN NASIONAL bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) bakal mengadakan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di hadapan Kompleks Sogo pada Hari Malaysia, Sabtu ini.– HARAKAHDAILY 14/9/2023

- Advertisement -