PRK Pulai, Spg Jeram: Analisis syok sendiri

- Advertisement -

TADI ada kawan tunjuk penulisan seorang influencer Pro-PH ini. Influencer ini tulis kekalahan PN di Johor menunjukkan pengaruh PN tak tembus ke Selatan dan Gelombang Hijau tak kuat mana. 

Untuk makluman, Pulai ini pengundi Melayu hanya 44.17 peratus dan Simpang Jeram pengundi Melayu hanya 53.42 peratus. 

Senang cerita memang Pulai dan Simpang Jeram ini ‘home ground‘ kau oranglah. Bila pengundi Cina tinggi, maka selamatlah kau orang. Jadi bila PH menang, tak peliklah. 

Tapikan, walaupun itu tempat kau orang kuat, keputusan kau orang teruk tahu. DUN Simpang Jeram, PH+BN hilang 1,000 undi. PN ada peningkatan sebanyak 3,980 undi. Parlimen Pulai pula calon PN ada penambahan 9,000 undi tahu. Jadi celah mana yang tak tembus itu?

Kau orang tahu tak dengan keputusan PRK Johor ini, sokongan pengundi Melayu kepada PN dianggarkan 84 peratus tahu. Kalau masa PRU15 hanya 54 peratus kemudian naik ke 74 peratus masa PRN Selangor dan kini dah cecah 84 peratus. Ini bermakna yang masih kekal sokong PH dan Umno hanya 16 peratus sahaja. 

Kehilangan sokongan pengundi Melayu sebanyak 30 peratus dalam jangka masa tak sampai setahun ini adalah prestasi paling teruk dalam sejarah Umno. Siapa Presiden Umno paling teruk ni? Zahid Hamidi!

Apa kesan peralihan undi Melayu ini di masa akan datang?

Pertama, PRK DUN Pelangai yang akan datang yang kita tahu ada 72 peratus pengundi Melayu, 18 peratus pengundi Cina dan 6 peratus pengundi India. Dengan 84 peratus sokongan pengundi Melayu kepada PN, agak-agak siapa akan menang dalam PRK Pelangai?

Kedua, kita tengok pula PRU16 yang akan datang. Daripada 222 kerusi Parlimen, ada 149 kerusi majoriti Melayu dan 22 kerusi Parlimen majoriti Melayu ini dimenangi oleh BN. 

Agak-agak dengan peralihan sokongan Melayu ni, berapa banyak kerusi Melayu ini yang boleh BN pertahan? Ini aku tak cakap pasal kerusi PH yang ada pengundi Melayu tinggi lagi tahu.

Ketiga, kerusi pemimpin utama PH dan BN macam kerusi Perdana Menteri di Tambun, Timbalan Perdana Menteri di Bagan Datuk, Mat Maslan di Pontian, adalah antara kerusi majoriti Melayu dalam Parlimen tahu. Agak-agak dia orang boleh menang balik kerusi ini? Ke Perdana Menteri tengah intai kerusi majoriti Cina dah?

Itu yang sekarang Anwar Ibrahim dan DAP tengah pening kepala. Sokongan Melayu dah hancur ‘beyond repair’ orang kata, nak tambah kerusi Cina, dah tak ada majoriti 2/3 dalam Parlimen.

Kalau berlaku undi tak percaya kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat, pilihan Anwar Ibrahim adalah bubar Parlimen, tapi kalau bubar sekarang memang cari pasallah. Serah tengkuklah jawabnya.

Balik pada penulisan influencer Pro-PH tadi itu, aku teringat zaman Bossku dulu, ramai influencer dan penganalisis ‘syok sendiri’ macam ini. 

Bila ada pandangan kata BN akan jatuh, datang 10 pandangan penyedap hati yang lain kata BN akan menang besar. Alih-alih terlingkup dan tertiarap Bossku dan BN. 

Tapikan elok juga kalau PH dan Umno terus seronok dan berkhayal dengan kemenangan Johor ini. Terus berkhayal dengan sokongan pengundi Cina. Amaran-amaran dari orang macam Isham Jalil ini, elok kau orang bakul sampahkan saja.

Cuma aku terfikirlah, nanti bila kalah di Pelangai nanti influencer itu nak tulis apa ya? Pengaruh PN tertembus dekat Pahang ke? 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 13/9/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02YAs53aiHDDjxFySNpZg484Ypks39AJ2cq5tth2LBwfDoAeSqsfkf6pEMVWWitzaUl&id=650875906&mibextid=Nif5oz 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -