Menjadi daie yang berdakwah secara jamaie

- Advertisement -

“USTAZ, macam mana nak tarik orang muda ikut kita?”

Buat kesekian kalinya, soalan serupa ini diaju. Sebelum-sebelum ini soalan lebih kurang:

“Macam mana nak tarik orang tak minat politik?”
“Macam mana nak dekati orang jenis suka hiburan?”
“Ada formula tak nak dakwah mat motor?”

Soalan ni berkisar mengenai method atau uslub. Menurut rukun dakwah, uslub ni adalah rukun terakhir.

Bagi saya, perkara utama perlu settle adalah rukun pertama. Saya percaya kepada konsep ‘right person for the right job’. Orang yang betul untuk tugas yang betul.

Bukan semua orang sesuai jadi daie untuk semua orang. Kepelbagaian mad’u perlukan kepelbagaian daie.

Nak dakwah orang muda, kena daie muda juga. Nak dakwah perempuan, kena perempuan juga. Nak dakwah intelek kena intelek juga.

Kena orang yang berada pada level pemikiran dan jiwa yang sama. Baru sekata level bahasa. Baru mudah hati terbuka.

Daie yang versatil yang boleh masuk dengan berbagai golongan makin susah dicari. Zaman sekarang kemampuan individual makin terbatas.

Kerja dakwah sekarang perlu dibuat secara jamaie. Lahirkan lebih ramai daie berbagai latarbelakang bagi memenuhi tuntutan mad’u yang semakin rencam.

Jemaah juga perlu lebih terbuka menerima kader baru sebagai daie. Saya sendiri walaupun masih muda, rasa macam dah tak berapa boleh masuk dengan cara fikir generasi sekarang. Mereka tak banyak komunikasi. Hidup banyak di alam siber. Tumpuan tak lagi kepada isu-isu kritikal.

Level mahasiswa pun dah tak macam zaman kita dulu. Belum kerja lagi dah bincang work-life balance. Belum kahwin lagi dah fikir nama anak. Jauh sekali nak cakap soal masa depan negara, fikrah dan sebagainya.

Saya masih terbuka kalau ada yang personal message tanya macam-macam masalah. Mana boleh entertain saya bantu sepenuh hati. Tapi itulah. Rasa macam kita tak memenuhi apa sebenarnya yang mereka perlukan.

Kalaulah ada profiling daie yang pelbagai, rasanya lebih mudah untuk saya panjangkan orang yang approach saya kepada mereka yang lebih memahami di kalangan yang sama. Saya hanya guide daie-daie ini sahaja.

Mohon pihak yang berkenaan ambil perjalanan, kalau rasa telahan ini relevan.

Salam mini love,

ALANG IBN SHUKRIMUN
26 Safar 1445
12 September 2023 – HARAKAHDAILY 12/9/2023

- Advertisement -
- Advertisement -