Apabila Agong mencemar duli

- Advertisement -

SIDANG Dewan Rakyat hari ini diserikan dengan ucapan YB Pasir Mas yang menjunjung kasih merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kerana turun ke bumi Borneo bertemu rakyat dalam keadaan yang sangat bersederhana.

- Advertisement -

Banyak kejadian menarik dalam siri Kembara Kenali Borneo. Seronok tengok gelagat masing-masing.

Buat julung kali, ketua negara memandu sendiri kereta dalam program kembara sejauh 2,154 kilometer.

Sporting brabis ba Agong kita ini. Wajar rakyat teruja menanti.

Jelas kasih sayang dan hormat antara raja dan rakyat.

Sehinggakan Raja Permaisuri Agong menangis lihat rakyat sanggup berhujan panas menunggu di sepanjang jalan menyambut kedatangan mereka.

Apabila rakyat tanya, “Tuanku, jalan macam mana? Okay?”

Raja Permaisuri Agong goyang-goyangkan kepala menggambarkan keadaan jalan yang dilalui.

Hari ini pula Seri Paduka Baginda bersama paduka-paduka anakanda dilihat singgah di tepi lebuh raya untuk santapan tengah hari.

Tidak ada meja VIP mahupun alas kuning. Hanya bungkusan yang dialas dengan tangan.

Satu contoh yang perlu dijadikan ikutan.

Mungkin para menteri boleh sambut idea YB Ustaz Fadhli Shaari dalam parlimen hari ini untuk mencontohi tindakan YDPA.

Kalau YDPA dan keluarga boleh memandu sendiri kereta, turun ke jalan, berdialog terus dengan rakyat bagi merasai keadaan sebenar di bawah, menteri-menteri juga wajar melakukan hal yang sama.

Kerana tidak sama memandu di jalan dengan naik helikopter memandang kesusahan rakyat dari atas. Tidak sama.

YDPA adalah contoh pemimpin berjiwa rakyat yang sebenar.

Terima kasih sebab dah menjelajah bumi Borneo. Semoga Kembara ini berjalan lancar sehingga akhirnya. Ampun Tuanku…

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
12 September 2023 – HARAKAHDAILY 12/9/2023

- Advertisement -