Dari 11 September ke Gelombang Hijau

- Advertisement -

KALAU bicara hal Gelombang Hijau (green wave), pasti kita akan jumpa titik temu dengan peristiwa 11 September 2001.

Kata kunci yang dikongsi adalah Islamophobia. Ia merupakan satu grand design rapi dalam memotretkan Islam sebagai ganas dan perlu ditakuti sekalian makhluk.

Latar belakangnya adalah kejatuhan proksi Barat di Iran tahun 1979 lewat Revolusi Khomenei. Gerakan Islam seluruh dunia terangsang bagi melakukan kebangkitan serupa walaupun berbeza aliran. Kejayaan Iran adalah bukti tiada kuasa yang tidak dapat jatuh.

Hampir 20 tahun merencana strategi game changer, akhirnya Barat mengatur tragedi 11 September 2001 sebagai titik mula pembunuhan karakter Islam. Segala skrip telah dipersiap awal. Usai tragedi, terus sahaja keluar nama-nama ‘penjenayah’ beserta pertemuan dan program yang telah diatur awal.

Misi ‘war on terror’ dilancar. Muncung senjata berjaya dialih dari Soviet kepada Islam. Ben Laden dikambing hitam. Afghanistan dijadikan sasaran. Masyarakat Antarabangsa yang tertipu terus memberi restu buat US mengganas di seluruh Dunia Islam. Dunia sudah lupa keganasan Barat sejak zaman kolonialisasi hingga sekarang.

Iran -> Afghanistan -> Iraq -> Lubnan -> Libya -> Syria -> Yaman. Entah berapa bilion United State belanjakan untuk segala kempen ini. Itu yang muncul watak seperti Trump; naif politik tetapi melihat dasar luar yang tidak lagi menguntungkan rakyat sendiri.

Sebahagian orang Islam jadi apologetik. Takut mengangkat terma Islam sebagai perjuangan. Berusaha nak buang doktrin jihad, syariat dan hukum dari siyasah kerana takut diasosiasi dengan  teroris. Muncullah fikrah post-Islamisme dan Islam-liberal.

Agamawan turut ditunggang. Direkrut dan dibiayai dua kutub Sunni (Wahhabi-Sufi) bagi memperlahan tempo kebangkitan. Dicipta pergaduhan dalaman lewat isu picisan supaya umat tidak bersatu. Biar bermusuh sesama kita sampai lupa musuh utama; pakatan Yahudi-Nasara.

Tuhan nyatakan bahawa cahaya Islam tak mampu disekat. Walau serangan dari luar atas agenda Islamophobia dan serangan dalam dengan fikrah post-Islamisme, perjuangan Islam dengan fikrah sebenar terus dipelihara. Disekat di Tengah, ia bangkit di Barat dan Timur. Dikekang di benua Arab, ia meledak di Parsi. Dihalang di Asia Barat, ia terbit dari Alam Melayu.

Teruslah maju ke depan. Kerana kebangkitan ini adalah suatu jaminan dari tuhan. Ulang tahun 11 September hari ini bukan lagi keraian buat Barat, malah sebuah mimpi ngeri melihat kegagalan demi kegagalan berdepan kuasa Ilahi:

- Advertisement -

وَلَا تَهِنُوا۟ فِی ٱبۡتِغَاۤءِ ٱلۡقَوۡمِۖ إِن تَكُونُوا۟ تَأۡلَمُونَ فَإِنَّهُمۡ یَأۡلَمُونَ كَمَا تَأۡلَمُونَۖ وَتَرۡجُونَ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا یَرۡجُونَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِیمًا حَكِیمًا

“Janganlah merasa lemah dengan agenda musuh. Sekiranya kamu merasa sakit, sesungguhnya mereka juga sakit sebagaimana kamu. Namun, kamu memiliki Allah sebagai tempat berharap, sedang mereka tiada kuasa lain untuk diharapkan. Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

(an-Nisāʾ: 104)

ALANG IBN SHUKRIMUN
25 Safar 1445
11 September 2023 – HARAKAHDAILY 11/9/2023

- Advertisement -