Tour Gateh D’Tranung akan jadi acara tahunan

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Tour Gateh D’Tranung akan dijadikan acara tahunan bagi merancakkan lagi industri pelancongan berasaskan sukan di negeri ini.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishammudin Abdul Karim, konsep sebenarnya bukan sahaja Gateh tetapi ia juga untuk mempromosikan stalk tourism negeri ini.

“Kita membawa mesej songket dalam pakaian jersi kita dan saya dapat maklum balas daripada penunggang masing-masing cukup teruja dengan persekitaran yang berlaku di negeri Terengganu ini.

“Jadi saya harap tahun depan lebih meriah dan kita akan buat yang lagi terbaiklah, insya-Allah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh cukup berpuas hati dengan penganjuran kali kedua Tuor Gateh D’Tranung.

“Perjalanan dari awal sehingga ke stage terakhir pada malam ini cukup baik dan cukup bermakna kepada rakyat negeri Terengganu,” katanya pada Majlis Penutup Tour Gateh D’Tranung 2023 bertempat di Jambatan angkat, di sini.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Speaker Dun) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali, Setiausaha kerajaan negeri, Dato’ Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Adun Rantau Abang, Ustaz Mohd Fadhli.

Kejohanan Tour Gateh D’Tranung 2023 yang berlangsung pada pada 3 Setember hingga semalam mengetengahkan elemen songket pada lima jersi kemenangan bagi memartabatkan seni warisan tradisional Melayu Terengganu.

Lima kategori yang dipertandingkan pada kejohanan Tour Gateh D’Tranung kini memasuki edisi kedua pada tahun ini.

Lima kategori tersebut ialah Elit, Raja Pecut, Raja Bukit, Kelab Tempatan dan Bawah 21 Tahun di mana akan melalui lima peringkat perlumbaan sejauh 650 kilometer bermula dari Taman Tamadun Islam dan berakhir di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Pertandingan itu disertai 27 pasukan antaranya sembilan kelab tempatan, 10 pasukan Sukan Malaysia (Sukma) dan lapan pasukan elit antarabangsa dari Eropah, Qatar, Singapura dan Indonesia. – HARAKAHDAILY 9/9/2023

- Advertisement -