Pesanan kepada petugas PN, seluruh pengundi

Ustaz Abdullah Husin bersama Dr Mazri Yahya pada satu majlis di Kampung Tengah, malam ini.
- Advertisement -

MUAR: Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin menyeru kepada petugas-petugas PERIKATAN NASIONAL supaya dapat menumpukan perhatian sebaik mungkin dan juga melaksanakan tanggungjawab dengan cermat, tenang dan aktif.

- Advertisement -

Beliau juga meminta jentera perikatan nasional mengelakkan daripada provokasi dan jangan terikut-ikut dengan provokasi.

“Kita sudah berada di garis penamat, esok mudah-mudahan kemenangan menjadi kenyataan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily malam ini.

Berikut ialah kenyataan beliau.

SAYA menyeru kepada petugas-petugas dan jentera daripada PERIKATAN NASIONAL supaya dapat menumpukan perhatian sebaik mungkin dan juga melaksanakan tanggungjawab dengan cermat, tenang dan aktif.

Elakkan daripada provokasi, jangan melayan provokasi, jangan terikut-ikut dengan provokasi. Kita sudah berada di garis penamat esok mudah-mudahan kemenangan menjadi kenyataan.

Jadi dalam pecutan terakhir ini, segala tindak-tanduk kita, gerak langkah kita, sangat penting untuk dikawal dengan baik, mengelak daripada perkara yang merugikan kita.

Jadi kita melihat bahawa pecutan terakhir ini termasuklah hari esok memerlukan keprihatinan daripada semua unit termasuklah unit kenderaan pengundi putih kita keluar mengundi.

Kita mengharapkan jentera kita dapat mengikut arahan yang diberikan dan tidak lalai dan leka dalam melaksanakan tugas ini di pecutan terakhir yang sangat kritikal. Di samping dalam kita bertugas itu memperbanyakkan zikrullah, selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW supaya semua berjalan dengan lancar dan tenang. Semoga semuanya mencapai impian kita, Dr Mazri Yahya wakil kita akan diberikan kemenangan oleh Allah SWT.

Saya menyeru kepada pengundi di Dun Simpang Jeram ini supaya keluar beramai-ramai, sebaik-baiknya bangun pagi, jangan lupa kad pengenalan, keluar dengan nawaitu بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ.

Keluar rumah dengan keyakinan tawakal kepada Allah SWT dan kita merayulah supaya memberikan undi kepada calon PERIKATAN NASIONAL iaitu Dr Mazri Yahya dan inilah peluang yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk kita membuat satu perubahan yang besar kepada masa depan negara. Kalau kita lepaskan peluang ini sangat rugilah.

Jadi, saya menyeru dan berharap kepada para pengundi supaya dapat memberikan undi kepada PERIKATAN NASIONAL.

Semoga semua selamat dan kalau ada masalah untuk keluar mengundi beritahu kepada pihak urus setia dan kita akan mencari orang-orang yang bermasalah untuk keluar mengundi, keuzuran dan sebagainya, kita menyediakan banyak kenderaan, petugas, kerusi roda dan sebagainya. Semoga diberkati oleh Allah SWT. – HARAKAHDAILY 8/9/2023

- Advertisement -