PRK: Keluar mengundi dan undi PERIKATAN NASIONAL

- Advertisement -

MUAR: Para pengundi di DUN Simpang Jeram diingatkan keluar mengundi dan memilih calon PERIKATAN NASIONAL, Dr Mazri Yahya pada 9 September ini.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor membuat seruan itu kerana PERIKATAN NASIONAL mengetengahkan calon terbaik kepada warga DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

“Kita sediakan calon terbaik, maka kita mengharapkan agar anak-anak yang tinggal di luar kawasan supaya balik mengundi, tunaikan tanggungjawab terhadap negara dan buktikan pilihan raya kali ini adalah pilihanraya yang sangat penting,” katanya semasa berucap pada ceramah kelompok di Kampung Parit Wahid di sini, semalam. (Foto atas)

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia turut menyeru para penyokong Barisan Nasional supaya memberikan sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL pada PRK kali ini.

“Kepada seluruh pengundi yang sebelum ini memberi sokongan kepada Barisan Nasional, kita minta pada kali ini, marilah sama-sama memberi sokongan undi kepada calon PERIKATAN NASIONAL,” ujarnya lagi.

Beliau juga bertemu dengan jentera PERIKATAN NASIONAL di DUN Simpang Jeram dalam gerak kerja mendekati para pengundi.

“Semoga semua terus bersemangat menabur bakti untuk memastikan kemenangan Dr Mazri, calon PERIKATAN NASIONAL,” tambahnya lagi. – HARAKAHDAILY 7/9/2023

- Advertisement -