Peluang Dr Mazri semakin cerah di Simpang Jeram

Rusman (kanan) berbicang sesuatu dengan Dr Mazri di Markas PAS Kawasan Bakri.
- Advertisement -

MUAR: Calon PERIKATAN NASIONAL, Dr Mazri Yahya mempunyai peluang yang semakin cerah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram pada 9 September ini.

- Advertisement -

Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Johor, Rusman Kemin berkata peluang itu berdasarkan gerak kerja kempen jentera pilihan raya PERIKATAN NASIONAL bermula selepas penamaan calon pada 26 Ogos lalu.

Menurutnya, melalui aktiviti seperti ceramah, gotong rotong, sebaran bahan kempen, ziarah rumah ke rumah, sembang santai, sukan anak muda, santuni warga emas, gotong royong dan lain-lain yang melibatkan semua golongan segmen pengundi memberikan respons positif kepada PERIKATAN NASIONAL.

Ini, ujarnya berbeza dengan suasana pada peringkat awal kempen yang dilihat sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL agak sederhana dan tenang sahaja.

“Apabila suasana kempen semakin hangat kita dapati sokongan ke arah PERIKATAN NASIONAL makin menggalakkan di mana ada dalam kalangan penduduk yang memanggil kita pasang bendera di rumah mereka, kawasan tempat kediaman mereka yang menunjukkan signal bahawa mereka sudah terbuka kepada PERIKATAN NASIONAL,” ujarnya semasa ditemui di Markas PAS Kawasan Bakri di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Operasi PRK Simpang Jeram berkata, situasi itu amat berbeza sebelum ini.

“Dulu berbeza kerana ada halangan daripada penduduk tapi kini mereka yang masih Umno tapi menyatakan sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL kerana sokongan politik tak mengubah pendirian seseorang kepada parti tapi mereka ubah sokongan politik pada PRK,” tambahnya.

Katanya lagi, sama ada dalam kalangan pengundi Umno dan Melayu Islam atau yang tidak berparti menyatakan sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL ditambah dengan suasana politik dan kehidupan rakyat yang semakin terdesak.

Justeru, ujarnya pendekatan yang diambil oleh jentera pilihan raya PERIKATAN NASIONAL adalah lunak dalam mendekati dan membina hubungan yang mesra dengan mereka.

“Kecenderungan sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL ditambah lagi dengan penampilan calon kita yang lebih muda, berketrampilan, profesional bahkan pernah bertanding di DUN ini, dan beliau bukanlah asing kepada penduduk di DUN Simpang Jeram,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/9/2023

- Advertisement -