PASTI di Perlis bermula sejak 1988

- Advertisement -

KANGAR: Penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Perlis bermula sejak tahun 1988 di  bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs).

Ketua DPPNPs ketika itu ialah Tuan Haji Ismail Ahmad, yang juga seorang pengasas perubatan herba iaitu Herba Penawar Al-Wahida (HPA).

Majlis perasmian penubuhan PASTI  negeri dibuat di Madrasah Al-Islamiah Ad- Diniah (MADI) juga institusi pertama PAS Perlis di peringkat pengajian menengah.

- Advertisement -

Pengarah PASTI yang pertama pada masa itu ialah Syakir Ya manakala setiausaha pula ialah Abdul Hadi Hamid.

Pada peringkat awal penubuhan, sebanyak 24 buah PASTI telah ditubuhkan merangkumi seluruh negeri Perlis.

Menurut Pengarah PASTI kini, Muhammad Mustaqim Abdullah, guru ketika itu hanyalah bergaji kira-kira RM200 sebulan manakala gaji pembantu pula cuma RM50 sebulan.

“Tiga orang daripada mereka masih kekal berkhidmat sehingga kini ialah Cikgu Norhayati Razak, Cikgu Zarina Hamid dan Cikgu Siti Hajar Zakaria.

“Sudah 35 tahun mereka berkhidmat sudah pasti ada sesuatu yang istimewa mengenai institusi ini sehingga mereka kekal istiqamah menabur bakti sehingga sekarang,” katanya.

Persembahan nasyid barisan murid-murid di PASTI Perlis pada tahun 1989.

Menurut beliau lagi, alumni PASTI generasi awal di Perlis kini telah mengisi ruang di dalam kepimpinan PAS Perlis samada di dalam dewan-dewan, kawasan, negeri dan juga peringkat PAS Pusat.

“PASTI Darul Hidayah, Pauh Tiga Beradik (1988) telah melahirkan Timbalan Pengarah PASTI negeri, Abd Hadi Halipah dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Husna Hashim.

“Saya juga bekas pelajar PASTI yang sekarang diberi amanah sebagai pengarah peringkat negeri dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, Mustaqim berkata, kini guru-guru sudah boleh tersenyum megah kerana ada di antara anak murid mereka yang sudah bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Terdapat dalam kalangan bekas murid PASTI di Perlis kini dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Cikgu Wan Rosni Sonan dari PASTI Ujung Guar (1989) dahulunya, kini PASTI Ad Deen mampu tersenyum melihat kejayaan anak murid sulungnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.

“Beliau juga menjadi Pengarah Alumni PASTI Perlis sekarang dan juga mantan ketua DPPNPS serta mantan Pengarah PASTI Negeri Perlis.

“Selain itu, ADUN Guar Sanji, Ustaz Ridzuan Hashim juga lahir dari institusi ini (PASTI Nur Zuwaidah,Kg Mua), walaupun PASTI tersebut sudah tidak wujud namun di tapak yang sama, dibuka semula PASTI Al Khairiah beberapa tahun lepas,” katanya.

Menurut Mustaqim lagi, Selain dari melahirkan penggerak PAS, pusat pengajian itu juga melahirkan golongan profesional antaranya Dr Wan Redzuan Wan Hassan yang kini berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital.

Bukan itu sahaja, pelapis di peringkat Dewan Ulama PAS negeri Perlis juga lahir dari rahim PASTI ( PASTI Tarbiyatul Atfal, Jejawi) iaitu Ustaz Syed Thoriq Assagaff .

Berikut adalah senarai Pengarah dan Setiusaha PASTI Negeri Perlis:-

(1988 -1995)

Pengarah pertama  – Syakir Ya

Setiusaha – Abdul Hadi Hamid 

(1995 -1997)

Pengarah Kedua – Prof Bidin Yatim

Setiusaha – Abdul Hadi Hamid

( 1997 -1999)

Pengarah Ketiga – Abdul Jalil Arifin   

Setiusaha – Shukri Ramli

(2000 – 2001)

Pengarah empat – Ustaz Zolkranain Abidin  

Setiusaha – Abdul Hadi Hamid

 (2001 – 2003)

Pengarah lima – Hisyamuddin Abu Bakar

Setiusaha – Burhanuddin

(2003 – 2007)

Pengarah enam – Wan Zaini Wan Saad

Setiusaha – Khairuddin

(2007-2009)

Pengarah tujuh – Zairi 

Setiusaha – Syahir Abdul Rahman

(2009 -2011)

Pengarah lapan – Shahir Abdul Rahman

Setiusaha – Nordin Othman

(2011 -2017)

Pengarah sembilan – Meor Hassan Sazali Meor Hajar

Setiusaha – Nordin Othman, Mohd Nizuan Nawi

(2017 – 2022)

Pengarah sepuluh – Ustaz Asrul Imran Abdul Jalil

Setiusaha – Yasser Arafat Ibni Hajar , Zarul Zaufiq Zulkifly

(2022 – sekarang)

Pengarah  11 – Muhammad Mustaqim Abdullah

Setiusaha – Zarul Zaufiq Zulkifly

Berikut pula ialah antara PASTI terawal di Perlis pada 1988:-

PASTI Nurul Hayah Santan

PASTI Kg Darat Beseri 

PASTI Darul Hikmah Jejawi 

PASTI Ujong Guar, Guar Syed Alwi

PASTI Al Hikmah Sanglang

PASTI Luqmanul Hakim Sungai Padang

PASTI Bukit Keteri Chuping

PASTI Padang Besar

PASTI Kg Mua, Chemumar

PASTI Kg Rama Sanglang

PASTI Cantek Bangun Tok Pulau – HARAKAHDAILY  6/9/2023

- Advertisement -