Manfaat PRK protes kegagalan kerajaan PH-BN

Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff
- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat Johor khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan parlimen Pulai hendaklah menggunakan peluang Pilihan Raya Kecil (PRK) 9 September ini sebagai protes terhadap kegagalan kerajaan sekarang.

- Advertisement -

Rakyat sekali lagi berdepan dengan masalah kekurangan bekalan beras yang menjadi keperluan asas serta minyak masak subsidi di pasaran.

Faktor kenaikan harga beras import antaranya nilai tukaran mata wang tempatan yang semakin lemah.

Ahli Parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusof berkata, rakyat dapat merasai sendiri kos sara hidup yang semakin membebankan sekarang.

Katanya, setiap kali berlaku masalah, menteri hanya sekadar mengeluarkan kenyataan akan mengadakan mesyuarat, di mana ia memperlihatkan tiada pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang.

“Kegagalan kerajaan PH-BN begitu ketara kerana tiada hala tuju yang jelas seperti diharapkan rakyat.

“Pengundi di parlimen Pulai dan Simpang Jeram perlu memprotes di peti undi sebagai mewakili rakyat Malaysia di seluruh negara,” katanya di sini.

PRK Parlimen Pulai PN diwakili Zulkifli Jaafar, manakala Dr Mohd Mazri Yahya di DUN Simpang Jeram. PRK diadakan berikutan kematian penyandang kedu-dua kerusi terbabit Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, PRK tersebut hendaklah dijadikan sebagai permulaan untuk kebangkitan PERIKATAN NASIONAL (PN) di Johor.

Menurutnya juga Dr Mohd Mazri yakin mampu merampas semula DUN berkenaan yang sebelum ini pernah dimenangi calon PAS, Dr Sheikh Ibrahim Salleh.

“Saya berharap rakyat di Pulai dan Simpang Jeram meneruskan gelombang kebangkitan rakyat seperti berlaku pada PRN dan PRU15 sebelum ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/9/2023

- Advertisement -