Penyokong PN meninggal selepas terjatuh 26 Ogos lalu

- Advertisement -

MUAR: Seorang penyokong PERIKATAN NASIONAL, Rosmawati Husin, 44, meninggal dunia 12.20 malam tadi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini setelah terjatuh pada satu majlis sebelah malam selepas penamaan calon PRK DUN Simpang Jeram 26 Ogos lalu.

- Advertisement -

Arwah mempunyai lima orang anak yang semuanya lelaki.

Jenazah telah dibawa ke rumah ibunya di Parit Limbong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Lintang, Parit Samsu pada 11 pagi tadi.

Isteri calon PERIKATAN NASIONAL pada PRK DUN Simpang Jeram, Dr Rosilawati Mohd Nor telah menziarahi jenazah.

Sebelum itu, pada 28 Ogos beliau telah menziarahi Rosmawati yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Fatimah bersama AJK PAS Pusat, Dr Najihahtussolehah Ahmad dan Ketua As-Sabiqat DMPP, Khadijah Mahmood.

Beliau mengucapkan takziah kepada ibu dan suami arwah serta keluarga di atas pemergian Rosmawati.

Beliau berharap ahli keluarga bersabar dengan ujian itu.

“Semoga arwah Rosmawati dimasukkan dalam golongan orang beriman dan pejuang agama Allah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/8/2023

- Advertisement -