Saingan tiga penjuru di DUN Simpang Jeram

- Advertisement -

MUAR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Bebas.

- Advertisement -

Pengumuman calon tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pusat Penamaan Calon DUN Simpang Jeram, di Dewan Jubli Intan Muar, di sini, 10.15 pagi ini. 

Dr Mohd Mazri Yahya merupakan calon nombor satu menyerahkan borang pencalonan pukul 9.04 pagi berdepan dengan calon PH, Nazri Abdul Rahman dan Bebas, S Jegananthan.

PRK DUN Simpang Jeram diadakan serentak dengan Parlimen Pulai berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai pada 9 September sementara pengundian awal 5 September. – HARAKAHDAILY 26/8/2023

- Advertisement -