Pesakit fibroid terharu terima sumbangan Muslimat PAS

- Advertisement -

SANDAKAN: Perasaan terharu dan gembira jelas terpancar di wajah pesakit fibroid selepas menerima sumbangan daripada Dewan Muslimat PAS bagi menampung kos rawatannya.

- Advertisement -

Zuraidah Lauling, 39, berkata, sumbangan yang diterima ini akan digunakan bagi rawatan dan keperluan dirinya yang telah mengalami penyakit fibroid sejak 2018.

“Saya berterima kasih dan bersyukur dengan sumbangan yang diberikan. Sedikit sebanyak ia dapat menampung kos rawatan.

“Semoga kamu semua dimurahkan rezki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan dalam segala urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah,” katanya.

Sementara, Ketua Dewan Muslimat PAS Libaran, Nur Khadijah Ghazali turut mendoakan kesembuhan dan menasihati Zuraidah agar sentiasa bersabar di atas ujian Allah itu.

“Kami mendoakan semoga puan dikurniakan kesembuhan dan sentiasa bersabar dengan ujian yang Allah beri ini, ujian yang Allah beri itu sebagai tanda saying-Nya dia kepada kita sebagai hamba-Nya,” ujarnya ketika menziarahi pesakit itu di Taman Rajawali, Batu 7, kelmarin.

Hadir sama ialah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Libaran, Ihasna Buhaera dan Dr Nafsah Dulajis daripada Team Medik PAS.

Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan kerjasama Muslimat PAS negeri dan Libaran telah menyampaikan sumbangan orang ramai berbentuk wang tunai RM3,000 kepada Zuraidah bagi meringankan beban kos rawatan penyakit yang dihidapinya itu. – HARAKAHDAILY 25/8/2023

- Advertisement -