Henry dilantik jurulatih Perancis Bawah 21 tahun

- Advertisement -

Persekutuan Bola Sepak Perancis mengumumkan bekas penyerang Perancis, Thierry Henry dilantik sebagai ketua jurulatih Bawah 21 tahun negara itu sehingga 2025.

Pemain hebat Arsenal itu akan mengetuai pasukan itu pada Sukan Olimpik tahun depan di Paris, menggantikan Sylvain Ripoll yang dipecat selepas Perancis tersingkir awal pada kejohanan Bawah 21 Tahun Eropah tahun ini.

- Advertisement -

Bekas pengurus Angers, Gerald Baticle akan menyertai kakitangan Henry sebagai penolong jurulatih.

Penjaring kedua terbanyak Perancis sepanjang zaman, Henry akan kembali ke pengurusan selepas meninggalkan peranannya sebagai penolong jurulatih Belgium selepas Piala Dunia tahun lalu.

Pemain berusia 46 tahun itu yang turut pernah mewakili Barcelona, berpengalaman melatih pasukan remaja Arsenal, AS Monaco dalam Ligue 1 dan Montreal dalam Liga Bola Sepak Utama.

Henry menamatkan karier sebagai pemain pada 2014 adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Arsenal – 228 gol dan selepas memperoleh 123 caps serta menjaringkan 51 gol untuk Perancis.

Kemunculan sulung Henry dalam skuad Bawah 21 tahun adalah dalam perlawanan persahabatan menentang Denmark pada 7 September sebelum Perancis menentang Slovenia dalam kelayakan Euro empat hari kemudian. – REUTERS

- Advertisement -