Saf Exco baharu mampu teruskan dasar MBI

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud yang dilantik sebagai Menteri Besar.

- Advertisement -

Rakaman serupa juga kepada Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan serta anggota-anggota Exco.

Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusof berkata, pihaknya yakin saf Exco yang baharu dilantik dapat meneruskan kesinambungan kerajaan negeri di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

“Setinggi penghargaan juga Kak Lah ucapkan kepada YB Rohani Ibrahim yang turut dilantik sebagai anggota Exco mewakili Adun wanita,” katanya di sini.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, anggota Exco yang baharu diharap dapat menjalankan tugas dengan baik kerana pemilihan mereka dibuat berdasarkan kewibawaan masing-masing.

Beliau turut mengucap terima kasih kepada petugas pilihan raya muslimat yang bekerja keras sehingga diberi kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri Sabtu lepas.

“Semoga hasil usaha dan gerak kerja kerana Allah akan dinilai oleh-Nya untuk meneruskan langkah perjuangan yang seterusnya,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 17/8/2023

- Advertisement -