Analisa ringkas keputusan DUN Derga

- Advertisement -

ATAS permintaan saudara Kie Sobery, jom kita tengok keputusan DUN Derga yang juga agak menarik untuk diperkatakan.

DUN Derga ni berada di bawah Parlimen Pokok Sena, tapi kedudukan geografinya berada di dalam bandar Alor Setar. Penyusunan ini sebenarnya merupakan salah satu strategi Umno-BN sejak zaman Mahathir bagi memastikan kemenangan memihak kepada Umno-BN. Tapi sejak 2008, strategi berkenaan boleh dikira ‘senjata makan tuan’.

Untuk meneliti apa yang menarik di DUN Derga, kita kena tengok keputusan PRU12 (2008), PRU13 (2013) dan PRU14 (2018) dan sudah pasti PRN15 (2023) yang baru berlangsung. Cuma kat sini aku tak tunjuk keputusan PRU 2008, hanya disebutkan sebagai rujukan sejarah sahaja.

DUN Derga ini boleh dikatakan kubu kuat BN iaitu kerusi yang diperuntukkan kepada GERAKAN yang masa itu merupakan komponen BN. Walaupun tsunami peralihan sokongan pada PRU 2008, DUN Derga tidak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ia masih berjaya dimenangi oleh GERAKAN walaupun majoriti bak nyawa-nyawa ikan iaitu 163 undi majoriti.

Demografi pengundi DUN Derga pada 2008 iaitu Melayu 55 peratus, Cina 40 peratus, India 4 peratus. Peratusan ini berubah pada 2023 iaitu Melayu 58.5 peratus, Cina 32.1 peratus dan India kekal 4 peratus.

Daripada keputusan-keputusan dicatatkan, kita dapat tengok  keputusan selepas PRU 2008, DUN Derga telah dirampas daripada tangan GERAKAN atau BN iaitu oleh DAP atau PR pada 2013 dan PKR atau PH pada 2018. Namun pada PRN 2023, satu kejutan berlaku yang amat dahsyat apabila PN berjaya merampas DUN Derga melalui seorang calon Melayu. Bagaimana ini boleh berlaku?

Teori undi BN 2018 + PH 2018 = PH-BN 2023 sekali lagi tidak menjadi kenyataan. Jika menurut teori itu, sepatutnya 4,916 + 11,232 = 16,148. Tapi keputusan PRN 2023, PH-BN hanya perolehi 10,771 undi sahaja. Ke mana hilangnya hampir 6,000 undi? Sedangkan PH-BN menurunkan calon heavy weight depa yang telah berjaya memecahkan rekod merampas DUN Derga daripada GERAKAN atau BN pada 2008. Ertinya calon PH-BN itu bukan seorang yang asing di DUN Derga.

So kita lihat pula analisa di bawah sebagai jawapan:

Jumlah pengundi DUN Derga pada PRN 2023 iaitu 37,738 pengundi dan peratusan keluar mengundi dicatatkan adalah 67.84 peratus. Maka jumlah keluar mengundi adalah seramai 25,601 orang.

Peratus pengundi Melayu iaitu 58.5 peratus, jika peratus ini diletakkan dalam jumlah keluar mengundi, maka kita dapat angka sebanyak 14,976 undi. Ini amat signifikan dengan jumlah undi diperolehi oleh calon PN iaitu saudara Muhamad Amri iaitu 14,433 undi. Manakala jumlah undi yang diperolehi oleh PAS pada PRU13 hanya sebanyak 5,967 undi. Maka berlaku pertambahan sebanyak 8,466 undi.

Maka dapatlah aku simpulkan bahawa

1. 98 peratus pengundi Melayu yang keluar mengundi telah beri undi kepada PN dan hanya 2 peratus sahaja undi PH-BN.
2. Peratus bukan-Melayu undi PN di bawah 0.01 peratus. 
3. 90 peratus pengundi Umno-Bn 2018 swing kepada PN.
4. PH hanya berjaya mengekalkan sebanyak 8,000 undi yang diperolehinya dalam 2018, selebihnya (lebih kurang 2,700 undi) ditampung oleh pengundi bukan-Melayu yang dulu mengundi BN, pengundi baru dan 2 peratus pengundi Melayu (penyokong PH-BN totok).

Sekali lagi analisa ringkas aku menunjukkan bahawa kemenangan bersejarah di DUN Derga pada kali ini adalah hasil penyatuan orang Melayu yang mahu pastikan DUN yang majoriti penduduk Melayu kali pertama diwakili oleh seorang wakil rakyat Melayu, dan sekali lagi membuktikan bahawa kemenangan ini turut disumbangkan oleh ahli-ahli dan penyokong Umno-BN, maka hargailah depa semua.

Alfaqir ilallah ppk.

HAMZZAH ABDUL – HARAKAHDAILY 17/8/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0ipYPzJWM5R7GouxSMWaQjZVKGz19WUyidih8iWwnAmTRWXoj4cM8RovkGVHi2Ck5l&id=100011145758146&mibextid=Nif5oz 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -