Terengganu: Dari ‘gear’ satu ke ‘gear’ tiga

- Advertisement -

KEJAYAAN pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu di bawah YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tidak boleh disangkal.

- Advertisement -

Kesemua perkara yang disebutkan oleh beliau sebaik diberi mandat pada 2018 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh cemerlang.

  • Melaksanakan manifesto yang dirangka
  • Membina hidup rakyat dengan pendekatan mengamalkan agama dalam kehidupan
  • Memberi khidmat kepada semua rakyat secara adil
  • Memberi penyelesaian atas kelemahan pentadbiran lepas
  • Membawa agenda perkongsian ekonomi dengan rakyat

Meskipun tidak pernah bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar namun kerana komitmen dan kemampuan beliau, Dr. Sam sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua.

Kali ini Dr. Sam bergerak dengan misi yang lebih besar.

 “Jika penggal pertama, kita bergerak dengan gear satu, kali ini terus gear tiga,” katanya.

Dalam 5 tahun ini, Kerajaan Negeri Terengganu akan:

1. Melipatgandakan kerja untuk meningkatkan pembangunan negeri

2. Memberi tumpuan dalam merangka pelan yang lebih komprehensif untuk menarik pelabur di negeri Terengganu

3. Menambah hasil negeri untuk mengurangkan kebergantungan kepada royalti petroleum

4. Melahirkan rakyat pemikiran kelas dunia melalui pembangunan modal insan

5. Kebajikan rakyat juga akan dijaga dan diagih dengan adil seperti yang telah dibuktikan pada penggal lalu

Bak kata Dr. Sam, “Mereka yang tidak mengundi kita dan tidak berparti juga adalah rakyat Negeri Terengganu yang wajar kita jaga dan santuni.”

Ini hanyalah sebahagian daripada perancangan beliau. Lebih banyak akan dilakukan.

Insya-Allah, cita-cita besar Dr. Sam untuk membina Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera pasti akan dapat direalisasikan dengan sokongan semua pihak termasuk rakyat Darul Iman.

In Dr. Sam we trust! – HARAKAHDAILY 16/8/2023

- Advertisement -