Model ekonomi ‘neoliberal’ madani tempang

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
- Advertisement -

- Advertisement -

BERKAITAN debat antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman sempena pilihanraya negeri 2023. Jika apa yang keluar daripada mulut menteri itu akan jadi dasar kerajaan, maka kita patut risau.

Pertama, Menteri berulang-ulang memomokkan penonton dengan hutang kerajaan 1 bilion. Dan dia kata selepas ni hanya akan ada projek projek kerajaan yang dibiayai swasta saja. Ini terang-terang neoliberalisme, penswastaan totok.

Di negara-negara Eropah dan Amerika, kerajaan-kerajaan dah menjauhi ini, sedang memeras otak cari cara yang bukan betul-betul penswastaan. Kita di sini lagi mahu nak melompat jauh ke pembiayaan swasta!

Kedua, dia menjual Dasar Gaji Progresif yang jelas cuba ditiru daripada Singapura. Dia kata ini cara yang kerajaan campur tangan secara langsung dalam isu gaji.

Tapi, dia perlu ingat Dasar baru Singapura itu pada 2022, akan disubsidi sebahagian oleh kerajaan Singapura.

Undang-undang fiskal Singapura membolehkan ini dibuat sebab ia bukan jenis Belanjawan Berimbang (Balanced Budget) seperti Malaysia.

Subsidi diberi hanya untuk tempoh 5 tahun saja, kenapa? Sebab Fiscal Rule di sana ialah hanya untuk 1 tempoh pilihanraya.

Selepas pilihanraya dan kerajaan baru dilantik, subsidi besar yang ditanggung pada tahun awal akan dibiayai oleh lebihan pada tahun 4 dan 5.

Dasar Gaji Progresif itu pun hanya eksperimen sebagai reaksi kepada Parti Pekerja, iaitu pembangkang yang tiba-tiba menang banyak kerusi dalam pilihanraya terbaru.

Dasar ini tidak terbukti, malah mungkin akan dibuang selepas pilihanraya Singapura seterusnya. Subsidi gaji bukan belanja Pembangunan yang longgar kawalannya di Malaysia. Kalau tiada subsisdi, saya tak nampak dasar ini akan berjalan sebab Singapura pun terpaksa beri subsidi.

Ketiga, dia kata nak serahkan semua kepada pegawai tinggi kerajaan. Semua tahu yang manifesto dan formula pilihanraya partinya tidak masuk dalam Naratif Ekonomi Madani yang diumumkan.

Sesiapa yang selalu ikut dialog, pengumuman Jabatan Statistik, Kementerian Kewangan, MITI, kastam dan Lembaga Hasil akan tahu yang kandungan, kesimpulan Ekonomi Madani dibuat pegawai kerajaan.

Sepatutnya, halatuju ekonomi ditentukan oleh parti politik, selalunya ikut manifesto pilihanraya mereka. Pegawai kerajaan cuma beri input dan bantu laksanakan manifesto.

Kalau siang-siang dah buang manifesto dan guna halatuju, kesimpulan pegawai kerajaan, apa guna rakyat mengundi? Apa guna pilihanraya? Apa guna kempen?

Saya tak nafikan bagi orang berumur atas 50-an, dah biasa hidup dan berjaya pada zaman “authoritarian”. Tapi mengikut apa berlaku di negara maju, pelbagai masalah ekonomi hanya dirungkai oleh sistem yang lebih demokratik.

Tiada hala tuju

Kalau manifesto dibuang dan halatuju ikut pegawai kerajaan saja macam Ekonomi Madani, itu dah jadi kerajaan kuku besi campur “Little Napoleon”!

Akhir sekali, tajuk debat itu mungkin disukai Rafizi sebab Rafizi suka formula. Model ekonomi ialah nama lain bagi formula. Dalam kata mudah, formula atau model bermakna menganggap pendapatan dan manfaat akan naik secara linear dan cantik sampai “utopia madani” tercapai.

Anggapan secara CAUSALITY dan Neoclassical sebegini dah lama tak relevan dalam dasar ekonomi dunia sebenar. Dia punya cakap macam orang yang jual skim cepat kaya!

Ini belum masuk banyak hujah tergantung. Misalnya, Rafizi petik retorik tipikal oleh ahli ekonomi yang Malaysia terperangkap dalam “Middle Income Trap”, dan dia terus lompat ke ini akan diatasi oleh Ekonomi Madani dan Dasar Campur tangan gaji tanpa menerangkan secara konkrit macam mana itu berlaku.

Dia kutuk projek-projek mega. Ini dah macam bahasa penceramah politik tepi jalan atau wartawan yang kutuk projek-projek mega. Apa itu projek mega?

Kita tengok negeri Pakatan Harapan pun ada buat projek mega. Ada minta dana kerajaan Persekutuan. Bukan kah dasar fiskal kita yang memberi kelonggaran kepada belanja Pembangunan selama ini menggalakkan projek-projek termasuk di bawah Rancangan Malaysia.

Dan Menteri Ekonomi kita ni macam tak baca pasal ekonomi federalisme. Biasanya di negara-negara maju, peruntukan ke kerajaan negeri dan tempatan dibahagikan mengikut format yang semua orang faham dan dipersetujui oleh kerajaan negeri walaupun ia ditadbir pembangkang.

Di Malaysia, peruntukan diputuskan secara “arbitrary” (wewenang). Pelik, peraturan fiskal Malaysia beri kelonggaran kepada belanja Pembangunan tapi sampai sekarang kemudahan air di Kelantan tak diselesaikan oleh belanja Pembangunan hanya kerana ia negeri pembangkang!

Pembincang ekonomi di negara-negara barat selalunya kutuk orang yang macam Rafizi ini sebagai “IDEOLOGUE”.

Dan lebih teruk, dia bermati-matian nak bawa dasar dasar yang jelas neoliberal. Dasar gaji yang cuba ditiru dari Singapura pula macam akan langgar tembok.

Saya hairan melihat orang yang dalam model ekonomi yang dikhayalkan, semua pihak dan persekitaran terlibat bersifat rasional dan linear. Kalau macam ini lah dasar ekonomi kita, ditambah dengan subsidi minyak, api yang akan ditarik selepas pilihanraya, habis kita! – HARAKAHDAILY 10/8/2023

- Advertisement -