Air: Projek AKSB di Madrasah Ulumuddin cuba digelapkan

Pengurus Besar AKSB Dr Nazmi Ghazali Azmi (dua kanan) hadir pada penyerahan projek bekalan air.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Hanya kira-kira lapan bulan menerajui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad cuba memperlekehkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

- Advertisement -

Menurut laporan media menteri terbabit mendakwa berjaya menyelesaikan masalah air di Madrasah Ihya Ulumuddin, Pasir Puteh. Info itu dikongsi di laman di Twitter baru-baru ini.

Dipaparkan juga gambar beliau menunjukkan bekalan air bersih untuk penghuni madrasah tersebut.

Namun, kisah sebenar yang berlaku di sebalik projek tersebut cuba digelapkan. Sedangkan AKSB terlibat sejak awal projek tersebut sehingga siap.

Jurucakap AKSB menjelaskan projek itu merupakan skop khidmat komuniti (SCR) AKSB berkaitan fees dan permohonan baharu bekalan di Madrasah Ihya Ulumuddin.

Katanya, skop kerja yang dilakukan AKSB meliputi pemasangan meter, pemeriksaan material, ujian tekanan paip, ujian kebocoran.

Selain itu penyeliaan, penstrilan, penyahairan, pancuran sesalur dan kerja-kerja penggalian yang melibatkan kos yang ditanggung AKSB lebih RM10,000.

“Projek itu adalah CSR Suruhanjaya Perkidmatan Air Negara (SPAN), Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan AKSB, tetapi dalam posting menteri terbabit padamkan peranan AKSB sedangkan AKSB menyumbang dari segi teknikal dan peruntukan.

“Malah pengurusan kanan AKSB datang melihat projek tersebut selepas siap sepenuhnya. Namun mengapa menteri tidak ceritakan perkara sebenar,” katanya di sini.

Ramai menyifatkan menteri Kerajaan Madani lebih gemar memperlekehkan pihak lain, di mana ia jarang berlaku di era kerajaan Pusat sebelum ini. – HARAKAHDAILY 10/8/2023

- Advertisement -