Arab Saudi dan Baykar Tech pakat buat dron

- Advertisement -

KAHERAH: Arab Saudi menandatangani perjanjian strategik dengan firma pertahanan Turkiye, Baykar Tech untuk mengeluarkan dron di negara itu.

Mengikut Industri Ketenteraan Arab Saudi (SAMI) yang disiarkan di platform pemesejan X, perjanjian itu akan meningkatkan peranan SAMI dalam menyokong industri pertahanan negara dan mengukuhkan keupayaan tempatan.

- Advertisement -

Julai lalu, Arab Saudi bersetuju untuk membeli dron Turkiye dari Baykar melalui kontrak pertahanan terbesar dalam sejarah Turkiye.

Pelaburan dan pembiayaan dari Teluk membantu mengurangkan tekanan ke atas ekonomi dan rizab mata wang Turkiye sejak 2021, apabila Ankara melancarkan usaha diplomatik untuk membaiki hubungan dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Turkiye yang tidak sealiran selama bertahun-tahun dengan kedua-dua negara Teluk berhubung sokongan Ankara terhadap gerakan pro-demokrasi di Timur Tengah dan Afrika Utara serta pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi di konsulat Saudi di Istanbul pada 2018. – REUTERS

- Advertisement -