Bekas Adun bantu kempen calon baharu PN

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bekas Adun Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood turut mengiringi calon-calon PERIKATAN NASIONAL (PN) yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, Chempaka dan Kijang.

Kehadirannya turut mencuri perhatian dan ada yang mengambil peluang untuk bersalaman dengannya di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) hari ini.

- Advertisement -

Ketiga-tiga calon tiba di pintu masuk pusat penamaan calon di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu Pengkalan Chepa dekat sini, kira kira jam 9.17 pagi.

DUN Panchor dan Kijang menyaksikan pertandingan dua penjuru, manakala DUN Chempaka tiga penjuru apabila calon bebas turut tampil.

Ketiga tiga calon PN menyerahkan borang pencalonan kira-kira jam 9.20 pagi kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bekas Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat berpeluk dengan calon baharu DUN berkenaan, Shaari Mat Yaman

Di Kota Bharu, bekas Adun Bunut Payong, Dato’ Dr Ramli Mamat dan bekas Adun Kota Lama, Dato’ Anuar Tan Abdullah turut mengiringi calon baharu yang mewakili PN di Dun terbabit.

Pada PRN kali ini, Dun Kota Lama diwakil bekas Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan, Dato’ Zamri Ismail, manakala Dun Bunut Payong diwakili bekas ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Shaari Mat Yaman. – HARAKAHDAILY 29/7/2023

- Advertisement -