Pilihan raya untuk tarik sokongan rakyat, elak provokasi

Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pilihan raya adalah suatu proses demokrasi untuk menarik sokongan rakyat, kata Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

- Advertisement -

Maka, ujar beliau setiap pengundi perlu disantuni dengan baik, dan sebarang bentuk provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan hendaklah dielakkan.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) menyatakan demikian dalam catatan pada laman Facebook beliau, malam ini.

Ahli Parlimen Marang itu berharap semoga pilihan raya di enam negeri berjalan dengan aman, matang, dan harmoni.

Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan berlangsung pada 12 Ogos manakala penamaan calon 29 Julai ini.

PN telah mengisytiharkan calon-calon yang akan bertanding di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang malam tadi sementara bagi Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diumum mala mini. – HARAKAHDAILY 27/7/2023

- Advertisement -