Anak muda macam mana dimahukan pihak Anwar?

- Advertisement -

KALAU nak tengok masa depan sesuatu bangsa, lihatlah bagaimana anak muda mereka.”

“Kalau nak bina masa depan negara, binalah anak muda mereka.”

“Kalau nak bunuh masa depan sesuatu bangsa, sekatlah anak muda mereka.”

Antara 3 quote ini, tak tahu Madanon pakai yang mana.

Negara dah berada di track yang betul apabila membenarkan anak muda seawal 18 tahun untuk mengundi. Tidak dinafikan yang paling bersungguh adalah PH sendiri. Thanks to YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tapi bila arus perubahan yang anak muda tunjukkan tak menyebelahi PH, dia orang kena kutuk kaw-kaw. Kata anak muda tak matanglah, tak layak mengundilah dan macam-macam. Dulu kempen #Undi18, sekarang kutuk #undi18. Hilang prinsip demi politik.

Anak muda ramai di TikTok. Jadi kerajaan Madanon cuba untuk ganggu anak muda dari terus berkarya di sana. Macam-macam undang-undang dicipta bagi menakutkan anak muda celik politik.

Mungkin lepas dapat nasihat, Perdana Menteri ke-10 (PMX) buat roadshow ke IPT seluruh negara, konon nak buy-in balik anak muda. Bilion habis nak setup projek doktrinisasi ni. Sampai ganggu habis jadual kuliah, semata-mata nak berpolitik dalam kampus.

Tapi mungkin juga pelan tak menjadi. Lepas dapat feedback kritikal dari mahasiswa, akhirnya terpaksa jilat ludah Umno dulu-dulu; gunakan autoriti kuku besi.

Masalahnya at least Umno dulu firm. Nampak la juga profesional dictatorship. Yang sekarang konon nak tiru Umno, tapi gelabah semacam.

Kes peperiksaan di UUM sangat suspicious. Mula-mula dah keluar surat pinda tarikh peperiksaan sebab nak bagi laluan mengundi 12 Ogos, tapi tiba-tiba keluar pula surat tak jadi pinda.

Bang Non, if you want to be a pharaoh, please be the firm one. Dont insult pharaoh like this

Apapun, saya yakin semua ini tak mampu sekat anak muda untuk terus memilih siapa mereka mahu. Bahkan benda-benda ni boleh buatkan anak muda makin semangat untuk buat perubahan.

Sama macam isu tangkapan Menteri Besar Kedah. Konon nak rosakkan imej, akhirnya dari Hero Utara, kau orang dah angkat dia jadi Hero Malaya.

You guys created Sanusi. Its all your fault. Now have a taste of your own medicine!

ALANG IBN SHUKRIMUN
7 Muharram 1445
25 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 25/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -