Usahakan jalan alternatif untuk penduduk setempat

- Advertisement -

SAYA telah menziarahi satu isu penduduk di kawasan belakang Taman Keranji dan Taman Desa Ara.

Isu ban di kawasan ini telah lama dan tetapi masih belum mendapat kata putus daripada pihak yang menjalankan projek di sini.

Antara perkara terbesar mengenai isu laluan ban ini adalah laluan bagi lori, mesin padi dan penduduk.

Kawasan jalan ini akan digunakan sementara waktu untuk projek memasang paip air daripada LRA Pelubang sehingga ke kawasan Kuala Kedah.

Jika laluan ini dikorek, maka petani akan mempunyai masalah bagi menggunakan laluan ini untuk tujuan menuai padi pada bulan 10 nanti.

Laluan di kawasan ini pula ada satu sahaja. Belum ada laluan alternatif dibuat jika jalan ban utama ini digali semasa proses pemasangan paip.

Kerana ketiadaan laluan alternatif inilah telah menyebabkan petani dan penduduk mempunyai masalah yang besar.

Oleh itu, saya telah berhubung dengan pihak SADA bagi mengetahui mengenai operasi ini dengan lebih lanjut dan satu tindakan susulan daripada pihak penduduk dan Pejabat Parlimen akan dibuat bagi menyelesaikan masalah ini.

Beberapa cadangan akan dibuat kepada pihak bertanggungjawab termasuklah menyediakan laluan alternatif bagi para petani dan penduduk sehingga proses menuai padi pada bulan 10 ini.

YB USTAZ AFNAN HAMIMI TAIB AZZAMUDEN 
Ahli Parlimen Alor Setar – HARAKAHDAILY 25/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -