LGBT: Aksi songsang terbuka di pentas konsert

Bagaimana permit boleh diluluskan kepada kumpulan seperti ini?

- Advertisement -

KONSERT semalam oleh The 1975, artis British yang sebelum ini lantang menyuarakan hak songsang telah diberi permit oleh kerajaan untuk mengadakan konsert di Malaysia semalam.

Tiba-tiba malam tadi vokalis band tersebut menyuarakan protes beliau dan bertindak mencium drummernya secara terbuka semasa konsert.

Inilah yang dibimbangkan. Kenyataan kutuk macam mana sekali pun yang dikeluarkan oleh kerajaan sudah tidak guna. Mereka sudah sampaikan apa yang mereka mahu sampaikan.

Selepas ini apa pula? Coldplay? Takkan kita nak tunggu sahaja bala dan bahana dari konsert-konsert aktivis songsang ini bawa baru nak melenting?! 

Kalaulah kerajaan betul serius menentang agenda ini, batalkan setiap konsert dan artis yang mendukung perjuangan songsang ini. Tapi realitinya hari ini tak berlaku.

Aduhai Malaysiaku. Habis nasib anak muda dimomokkan dengan agenda ini.

AHMAD SYAKIR NORAZLI
Ketua Penerangan
Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) – HARAKAHDAILY 22/7/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid07DFkyexx8kFjGWJoCJDjUi4F6Eay7JquJ6MXLXAD6L4HRGoXL8N7syp2MoBj8W8zl&id=100089377268444&mibextid=Nif5oz

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -