Tidak mengundi beri peluang pihak lain tadbir negara

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri dua kali Tun Dr Mahathir Mohammad bimbang ada orang Melayu yang tidak berminat keluar mengundi kerana bosan dengan politik.

- Advertisement -

Namun, katanya perlu diingat apabila kita tidak keluar ia seperti memberi undi kepada mereka yang tidak layak untuk mendapat kemenangan dan mendirikan kerajaan.

“Rakyat Kelantan mungkin ramai yang keluar mengundi, namun orang Melayu di negeri-negeri lain tidak ramai mahu mengundi sehingga diambil peluang pihak lain membentuk kerajaan,” katanya pada Munajat Rakyat Kelantan Pakat Pertahan dan Amanah Pimpinan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.

Oleh itu beliau berharap semua pengundi keluar mengundi bagi tanggungjawab mengundi bagi memberi kemenangan besar kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

“Saya yakin kemenangan akan dicapai bukan sahaja di Kelantan, Terengganu dan Kedah, sebaliknya turut membabitkan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/7/2023