Perpaduan: Ambil iktibar daripada hijrah Rasulullah SAW

- Advertisement -

SALAM Awal Muharram 1445H saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di negara ini.

- Advertisement -

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat kita bersama-sama sekali lagi menyambut tahun baru Hijrah.

Awal Muharam yang menandakan awal tahun Hijrah mempunyai erti yang amat besar bagi umat Islam.

Hijrah Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Madinah memberikan kita pengajaran yang cukup besar dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT.

Rasulullah SAW telah membuktikan dan mempraktikkan Islam sebagai satu sistem hidup bermasyarakat yang berasaskan persaudaraan dan keadilan sosial melalui penghijrahan.

Marilah kita menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW iaitu kejayaan Baginda SAW dalam pelaksanaan perpaduan di antara masyarakat majmuk yang paling berjaya dalam sejarah dunia.

Semoga tahun baru ini dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

YB IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ahli Parlimen Jerantut
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 18/7/2023

- Advertisement -