Berkongsi tentang dasar PAS bersama Duta Jepun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelbagai perkara telah dibincangkan semasa kunjungan hormat Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko di kedutaan negara itu, di sini hari ini.

- Advertisement -

“Kami bertukar pandangan mengenai senario politik semasa di Malaysia serta perkembangan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, malam ini.

Selain itu, beliau berkesempatan memberikan sedikit gambaran tentang hala tuju politik PAS serta politik Islam.

Menurutnya, beliau juga berkongsi tentang dasar PAS kepada rakyat bukan Islam yang mampu mengikis tanggapan negatif masyarakat umum terhadap PAS.

“Alhamdulillah TYT sangat gembira dengan maklumat ini dan beliau menegaskan bahawa hubungan baik antara dua negara ini yang sekian lama terjalin akan terus dipelihara pada masa kini dan akan dating,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Turut bersama dalam pertemuan ini ialah Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) dan Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal (Machang).

Pihak kedutaan Jepun pula diwakili oleh Karimata Atsushi, Yamane Kentaro, Kurotani Yosuke dan Masubuchi Kana. – HARAKAHDAILY 18/7/2023

- Advertisement -