Kenapa bas ‘madani’ berhenti depan rumah abang Sanusi?

- Advertisement -

SIK: Ahli keluarga Shabudin Md Nor iaitu abang Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor merasa pelik dan hairan melihat sebuah bas berhenti di hadapan rumah mereka, semalam.

- Advertisement -

Bas dua tingkat yang tertera perkataan Malaysia Madani dipercayai membawa beberapa orang pemimpin tertentu untuk meninjau rumah di Kampung Batu Lapan yang sebelum ini didakwa milik Muhammad Sanusi.

Ain Md Nor menerusi laman sosialnya berkata, rombongan berkenaan hadir ketika pemilik rumah dan isterinya tiada kerana keluar bekerja.

Situasi itu ujarnya membuatkan anak-anak pemilik rumah berkenaan merasa takut.

“Dia bekachang (pulun) sungguh la kata, mai time emak ayah pi kerja. Tinggal anak-anak ja depan rumah tu.

“Depa takut nak keluar. Jiran yang bertuala tolong keluar perambat (halau).

“Pakat mai ambik gambar. Teruk sungguh anak-anak papa kali ni,” demikian luah beliau di media sosialnya, semalam.

Rumah banglo yang didakwa milik Menteri Besar Kedah itu tular di media sosial beberapa hari lalu.

Situasi itu menyebabkan pemiliknya (Shabudin) membuat pengakuan rumah tersebut kepunyaannya dan dibina pada Februari tahun lalu dengan kos RM1 juta bukan RM7.4 juta yang didakwa pihak tertentu.

Sementara Muhammad Sanusi juga menjelaskan beliau langsung tidak menyumbang walau sesen pun sebaliknya rumah berkenaan didirikan hasil titik peluh abangnya yang bekerja sebagai penyelam laut dalam di luar negara. – HARAKAHDAILY 18/7/2023

- Advertisement -