Sanusi lulus 7,233 geran tanah dalam 3 tahun

- Advertisement -

5 SEBAB Menteri Besar Sanusi boleh lulus geran tanah dan LPS sebanyak 7,233 dalam tempoh 3 tahun pentadbiran.

1. Rutin mesyuarat.

Mesyuarat tanah dipengerusikan oleh Menteri Besar. Zaman sebelum ini, mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri dilaksanakan setahun hanya sekali, tapi dalam pentadbiran Menteri Besar Sanusi, disusun atur mesyuarat secara bulanan.

2. Kerjasama pegawai kerajaan.

Mendapat kerjasama penuh Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta semua pentadbir tanah daerah-daerah kalangan Pegawai-pegawai Daerah dan pegawai-pegawai.

3. Penetapan KPI (Sasaran).

Setiap daerah telah ditetapkan KPI secara bulanan jumlah minima permohonan tanah yang mesti diproses untuk diangkat dalam jawatankuasa peringkat negeri.

4. Usaha gigih.

Usaha gigih dan komitmen pegawai-pegawai untuk mencapai KPI dan melaksanakan tugasan tanpa lelah. Malahan beberapa kali mesyuarat jawatankuasa tanah diadakan di sebelah malam, luar waktu kerja yang biasa.

5. Azam dan tekad.

Keazaman yang kuat dan tekad YAB Menteri Besar Sanusi untuk menyelesaikan isu dan permohonan tertunggak melebihi 20 hingga 30 tahun yang lalu. 

Bahkan ada juga melebihi 40 tahun dan masuk generasi kedua baru diperolehi. Hampir kebanyakan tanah yang dipohon merupakan tanah teroka generasi lama dan dijadikan tapak rumah untuk kehidupan keluarga. 

Sebahagiannya melibatkan kawasan tanah hutan, yang memerlukan kerajaan mengganti balik kawasan hutan lain dan barulah diproses sebagai tanah milikan. Keputusan ini memerlukan tekad dan keazaman yang kuat demi membantu rakyat dan ianya diselesaikan di meja mesyuarat dengan dibantu pegawai-pegawai. Semua proses ini dilaksanakan mengikut garis panduan sedia ada dan tidak menyalahi peraturan. 

Banyak lagi nak disampaikan dan diceritakan tapi sudah pasti penulisan ini akan menjadi lebin panjang.

Apa yang penting disini adalah, kerana hasrat murni kerajaan pimpinan Menteri Besar Sanusi, usaha menyelesaikan isu tertunggak mesti dilaksanakan segera supaya kehidupan mereka boleh berubah. 

Konsep nikmat untuk semua’ bukan hanya dirasai oleh sebahagian kelompok rakyat sahaja, tetapi merentasi semua bangsa, taraf hidup dan yang berhak akan perolehi haknya.

“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
“Kedah tempat orang miskin berteduh”
“Negeri tempat orang kaya menabur bakti”

MOHD AZAM ABD SAMAT
Sungai Limau
12 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 12/7/2023 

- Advertisement -
- Advertisement -