Kenyataan Guan Eng boleh jejas keharmonian Malaysia

- Advertisement -

TAWAU: Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng boleh merosakkan keharmonian rakyat Malaysia.

- Advertisement -

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Ahmad Dullah, bersama Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kalabakan, Usman Madeaming, telah membuat laporan polis di IPD Tawau semalam berkaitan kenyataan pemimpin DAP tersebut.

Dalam kenyataan Lim Khamis lalu menerusi portal Malaysia Now, telah memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat ‘gelombang hijau’ daripada bertapak di negeri itu.

Lim turut dilaporkan menyifatkan sesiapa di Pulau Pinang yang menyokong ‘gelombang hijau’ sebagai pembelot dan pemberontak.

Menurut Ahmad, laporan polis itu dilakukan supaya pihak berwajib dapat menjalankan siasatan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai dengan peruntukan undang-undang yang ada di dalam negara ini.

“Lim sengaja menakut-nakutkan rakyat dengan tuduhan dan fitnah yang tidak berasas sebagai usaha untuk memburukkan pembangkang.

“Rakyat berhak menilai sendiri negeri yang diperintah oleh PAS tidak pernah memusnahkan tokong malahan menghormati penganut agama lain,” katanya kepada Harakahdaily. – HARAKAHDAILY 11/7/2023

- Advertisement -