MP sambut baik penggambaran filem di Kuala Kedah

Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi
- Advertisement -

KUALA KEDAH: Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi menyambut baik usaha syarikat produksi filem menjadikan kawasan terbabit sebagai lokasi penggambaran.

- Advertisement -

Katanya, perkara itu secara tidak langsung mempromosikan Kuala Kedah kepada masyarakat luar yang belum mengenalinya.

“Di Kuala Kedah ini sebenarnya banyak tempat menarik termasuk Kota Kuala Kedah yang merupakan peninggalan sejarah suatu ketika dahulu,” jelasnya ketika dihubungi, di sini.

Selain itu, secara tidak langsung ujar beliau, dengan promosi itu penduduk Kuala Kedah juga akan mendapat manfaat khususnya para peniaga kecil.

Justeru ujarnya, penonton dapat menghayati suasana kehidupan masyarakat Kuala Kedah yang bermacam ragam menerusi watak-watak lakonan artis hebat itu.

“Saya mewakili Pusat Khidmat Parlimen Kuala Kedah, mengucapkan terima kasih pada AA Success Pictures Sdn Bhd & AbangGee Real, atas kesudian memilih Kuala Kedah sebagai ‘content’ filem kali ini,” tambahnya.

Filem ‘Mat Kola’ yang dibarisi pelakon handalan termasuk tiktokers terkenal di negeri Jelapang Padi itu akan ditayangkan di pawagam bermula 21 September nanti.

Lokasi penggambaran filem arahan Hafiz Napiah itu sebahagiannya di sekitar Kuala Kedah dan memaparkan kehidupan penduduk kawasan terbabit. – HARAKAHDAILY 9/7/2023

- Advertisement -