As-Sabiqun seluruh negara bantah dakwaan Guan Eng

Mohamad Noor bersama Muhamad Puzi, Azmer dan Abdul Razak selepas membuat laporan polis di IPD Sentul.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: As Sabiqun Pusat sedang menggerakkan As Sabiqun di seluruh negara supaya membuat laporan polis terhadap ucapan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kononnya ‘gelombang hijau’ akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

- Advertisement -

Setiausahanya, Mohamad Noor Mohamed menegaskan kenyataan Guan Eng tersebut adalah bersifat satu jenayah hasutan, provokasi, tidak bertanggungjawab, dan satu tindakan berniat jahat untuk mengganggu ketenteraman awam antara agama dan kaum di Malaysia.

“Saya berasa amat risau, tidak tenteram dan rasa takut akan kenyataan beliau tersebut kerana melibatkan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni.

“Mungkin juga akan menimbulkan perpecahan atau permusuhan, benci-membenci, niat jahat, memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Sentul di sini, hari ini.

Justeru, beliau memohon pihak PDRM dan pihak berkuasa menyiasat keterangan Guan Eng di bawah 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan undang- undang lain yang berkaitan.

Beliau berkata, Lim Guan Eng, telah memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat “gelombang hijau” daripada bertapak di negeri itu.

Turut dilaporkan bahawa Guan Eng menyatakan bahawa “jika gelombang hijau tidak senang dengan tokong yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya”.”Tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh bersembahyang kepada dewa dan Buddha”.

Katanya Lim menyifatkan sesiapa di Pulau Pinang yang menyokong “gelombang hijau” sebagai “pembelot dan pemberontak” yang akan dilaknat sehingga “meninggalkan reputasi busuk selama beribu-ribu tahun”.

Mohamad Noor turut membuat lampiran bahawa Guan Eng turut memberi amaran Pulau Pinang bakal dilenyapkan di bawah pemerintahan “gelombang hijau” dan dijadikan sebahagian daripada Kedah.

Turut dilaporkan bahawa Lim menyatakan berkata “gelombang hijau” akan mengharamkan minuman keras, judi, seluar pendek dan salun dandanan rambut uniseks.

Berhubung dakwaan Guan Eng bahawa ‘gelombang hijau’ sangat berbahaya jika tidak berhati-hati, hak asasi rakyat akan dieksploitasi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Azmer Syazwan bersama Ketua Penerangannya, Abdul Razak turut membuat laporan polis berhubung dakwaan Lim Guan Eng itu. – HARAKAHDAILY 9/7/2023

- Advertisement -