Gerrard sah pengurus Al-Ettifaq

- Advertisement -

Steven Gerrard dilantik sebagai jurulatih kelab Al-Ettifaq, setelah sebelum ini memutuskan untuk tidak menerima jawatan itu.

Bekas pemain tengah Liverpool dan England itu dilaporkan berkata bulan lalu, tidak akan menerima tawaran untuk menyertai kelab itu. Bagaimanapun, pemain berusia 43 tahun itu berubah fikiran dan menjadi antara nama besar terbaharu menyertai Liga Pro Arab Saudi.

- Advertisement -

“Di mana legenda ditemui. Kelab sangat teruja untuk mengumumkan Steven Gerrard adalah ketua jurulatih baharu kami,” tulis Al-Ettifaq di Twitter

Menurut kelab itu: “Dia bukan asing dengan kejuaraan. Seorang Lagenda yang membawa sejarah gemilang dan masa depan yang menarik kepada Ettifaq.”

Presiden Al-Ettifaq, Khalid Al-Dabal melahirkan rasa gembira selepas Gerrard menandatangani perjanjian selama dua tahun.

Beliau menyifatkan perjanjian itu sebagai antara yang paling terkenal dan berpengaruh di peringkat Liga Pro Arab Saudi.

Gerrard yang berusia 43 tahun membimbing Rangers merangkul kejuaraan Liga Perdana Scotland pertama dalam tempoh 10 tahun pada 2021 sebelum menyertai Aston Villa, namun dipecat Oktober lalu.

Dia mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya, Robbie Fowler yang dilantik sebagai jurulatih pasukan divisyen dua Arab Saudi, Al-Qadsiah.

Bekas kapten Liverpool, Gerrard memenangi Liga Juara-Juara pada 2005, tetapi tidak pernah memenangi Liga Perdana dalam tempoh 17 tahun bersama The Reds.

Perpindahan Gerrard adalah yang terbaharu dalam beberapa perjanjian berprofil tinggi sejak Al-Nassr menandatangani Cristiano Ronaldo Disember lalu. Bekas penyerang Real Madrid, Karim Benzema menyertai Al-Ittihad pada Jun.

Al-Ettifaq menduduki tempat ketujuh dalam Liga Pro Arab Saudi musim lalu.

Minggu lalu, Al-Hilal melantik semula Jorge Jesus dari Portugal sebagai jurulatih dengan perjanjian selama setahun. – REUTERS

- Advertisement -