PM sepatutnya gantung tugas Menteri terobos KLIA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menggantungkan tugas Menteri yang menerobos masuk ke ruang keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga siasatan selesai.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, terjahan ke ruang kerja Jabatan Imigresen bukan kerja seorang Menteri apatah lagi melabelkan pegawai bertugas sebagai menerima rasuah.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga menegaskan, sekiranya terdapat bukti dakwaan rasuah tersebut, ia patut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan semua agensi di bawah kerajaan untuk mengadakan siasatan dan pendakwaan.

“Bukannya terjah tak hormat pegawai seperti itu. Namun, PM tak akan lakukan tindakan terhadap Menteri seperti itu. Apa yang PM akan lakukan?

“(PM akan kata) “..kita serahkan kepada pihak berkuasa, hormat tatakelola, hormat wewenang bla bla bla…,” sambil buat lawatan dan selfie manakala Menteri pun bebas seperti tiada apa-apa yang salah. 

“Kenapa PM tidak akan bertindak kepada Menteri? Macam mana PM nak bertindak, jika (orang) yang sudah didakwa dan sedang dibicarakan pun dilantik menjadi ‘orang kanan’. 

“Ini bukan tatakelola, ini ‘tata ke laut’. Lihat sahaja isu Menteri di Kementerian Sumber Manusia, begitulah kaedah pentadbiran ‘kerajaan sembang’ hari ini,” tempelak beliau. – HARAKAHDAILY 3/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -