Jepun bantah Hari Kemenangan Rusia

Hirokazu Matsuno
- Advertisement -

TOKYO: Jepun mengemukakan bantahan terhadap Rusia berhubung keputusan negara itu untuk mengisytiharkan 3 September sebagai Hari Kemenangan ke atas “Jepun yang bersifat ketenteraan”.

Jurucakap kerajaan Jepun menyatakan bahawa tindakan itu akan menimbulkan permusuhan antara kedua-dua negara.

- Advertisement -

“Kelulusan undang-undang ini bukan sahaja boleh membangkitkan sentimen anti-Jepun di kalangan rakyat Rusia, tetapi boleh membawa kepada sentimen anti-Rusia di kalangan rakyat Jepun,”

Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno, yang memberitahu wartawan di sidang akhbar, hari ini, menyifatkan langkah Moscow sebagai amat dikesali.

Minggu lalu, Rusia menamakan semula 3 September, iaitu sehari selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua sebagai Hari Kemenangan ke atas Jepun yang bersifat ketenteraan. – REUTERS

- Advertisement -