Jentera Pilihan Raya Muslimat tidak pernah rehat

- Advertisement -

KANGAR: Gerak kerja pilihan raya Dewan Muslimat PAS Malaysia tidak pernah terhenti biarpun pilihan raya sudah berlalu.

- Advertisement -

Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh berkata, jentera pilihan raya sentiasa bersiap sedia sepanjang masa bagi menghadapi pilihan raya.

Katanya usaha ke arah tidak terhenti di musim pilihan raya sahaja malah sentiasa berjalan sehingga ke hari ini.

“Contohnya Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990, Dewan Muslimat di negeri terbabit masih lagi meneruskan pelbagai aktiviti sehingga sekarang.

“Antara aktiviti utama muslimat ialah solat hajat, munajat, ziarah yang diadakan berterusan di seluruh negara khususnya di negeri-negeri yang bakal berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Muslimat terus bekerja ke arah menghadapi pilihan raya,” katanya ketika menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Ustaz Hashim Jasin di kediamannya di Arau semalam.

Menurutnya juga solat hajat diadakan sebagai aktiviti gelombang Alim, Haraki, Sufi (AKIFI) yang dianjurkan sejak tahun 2015. – HARAKAHDAILY 23/6/2023

- Advertisement -