Polis kesan remaja perempuan hilang sejak Isnin

Foto daripada Facebook Polis Daerah Petaling Jaya.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Petaling Jaya, Selangor sejak Isnin lepas.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata remaja berkenaan, Norhawani Mohd Azwan Abdullah, 16, (foto atas) dilihat kali terakhir di rumahnya di Blok 3, Jalan PJS 8/14, Bandar Sunway, pada 6 petang.

“Keluarga remaja berkenaan telah membuat laporan polis berkaitan kehilangannya pada 11.15 malam Selasa lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Norhawani supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222. – BERNAMA

- Advertisement -