Penduduk Kg Usaha Jaya Tukau bakal hilang tempat tinggal

- Advertisement -

tanah adat atau (tanah NCR) semakin diperkatakan di Sarawak. Ada rakyat Sarawak yang tinggal di tanah pusaka sejak turun temurun dan masih belum diberikan hak milik penuh. Syarikat atau pemaju yang memohon tanah tempat tinggal penduduk tempatan mudah mendapat geran tanah dan mengusir orang asal dari rumah mereka tanpa sebarang pampasan.

Perkara ini berlaku kepada penduduk Kampung Usaha Jaya Tukau, Miri di mana penduduk diusir tanpa sebarang pampasan dan mereka diberi amaran untuk meninggalkan tempat kediaman dengan segera atau tindakan akan diambil oleh pemaju.

Isu sekarang adalah penduduk kampung telah tinggal atau wujud (ada rumah) dan kebun semenjak tahun 1978 dan bukti surat menyurat dengan kerajaan (Land & Servey) sejak 1980. Dalam masa 1980 – 2023 kerajaan telah meluluskan sistem pepasangan elektrik, jalan berbitumin (Tar), sistem pepasangan paip air 6″ sudah diluluskan sehingga ke kawasan balai raya atau surau, geran bantuan tahunan RM3,000 – RM5,000 untuk Ahli Jawatan Kuasa Kampung (AJKK) dikekalkan setiap tahun dan lain-lain lagi. 

Setelah sekian lama tiba-tiba geran Lot187/188 dikeluarkan dengan anggaran keluasan 1,200 ekar di mana ia merangkumi Kampung Traditional Usahajaya Tukau pada tahun 2009. 

Dengan pengeluaran geran tanah ini kepada pemaju, penduduk kampung menjadi pihak yang telah menduduki tanah secara haram dan surat saman yang pertama keluar menghalau semua penduduk kampung tanpa bicara adalah pada tahun 2016. Ini antara luahan penduduk kampung tersebut.

Menurut penduduk kampung lagi ‘Apabila setelah 7 tahun kita dalam STAY atau penangguhan supaya kita tidak dihalau keluar dari kampung kita maka sudah sampai penghujungnya kita dihalau keluar, orang-orang kampung masih berjuang untuk melawan untuk menuntut hak mereka’.

Harapan penduduk kampung ialah agar Projek Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) dapat dilaksanakan segera agar mereka tidak kehilangan semua. Sekurang-kurangnya ada tempat berteduh dan tempat mencari rezeki setelah tempat tinggal mereka diceroboh.

Penduduk kampung mengadu bahawa mereka telah berpuluh-puluh kali memohon geran tanah untuk rumah dan ladang mereka, tetapi sebaliknya, syarikat dan pemaju korporat atau hartanah pembangunan dengan mudah memiliki tanah mereka. 

Mereka juga dijanjikan akan diberi penempatan baharu sekiranya tanah mereka sekarang diambil oleh pemaju tetapi sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian berhubung nasib mereka yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Kebanyakan penduduk kampung adalah petani dan juga nelayan. Daripada bertani dan menangkap ikan, mereka boleh menyara kehidupan seharian keluarga. Beberapa tanaman mereka telah pun dimusnahkan oleh pemaju dan rumah mereka terpaksa dirobohkan kerana amaran daripada pemaju untuk berpindah segera.

Cuba bayangkan jika penduduk kampung diusir dari rumah yang mereka duduki selama berpuluh tahun. Di manakah mereka mahu tinggal dan bagaimana pula dengan nasib anak-anak mereka yang masih memerlukan tempat tinggal yang selesa dan selamat? Kerajaan khususnya yang mentadbir Sarawak kini perlu segera memberi perhatian kepada nasib penduduk Tukau Jaya.

Beri mereka tempat tinggal yang selesa dan tempat mereka boleh bercucuk tanam atau tempat yang mudah untuk mereka mencari rezeki seharian sebelum diarah berpindah dari tempat tinggal mereka sekarang. Tanpa tanah untuk didiami dan bercucuk tanam di mana mereka boleh meneruskan kehidupan seharian lebih-lebih lagi sekarang kos sara hidup semakin meningkat.

Kami menggesa Projek Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Perluasan Kampung (SPK), satu inisiatif kerajaan negeri untuk menyediakan lot kediaman yang lebih selesa, terancang dan lengkap dengan kemudahan asas untuk penduduk kampung yang terjejas akibat pengusiran dari kediaman mereka.

Kepada Premier Sarawak, tolonglah rakyat kampung Tukau Jaya yang sedang teraniaya. Kerajaan Sarawak perlu prihatin dengan nasib penduduk  Kampung Tukau Jaya kerana mereka juga berhak ke atas tempat tinggal mereka. Jangan utamakan pemaju yang kaya raya berbanding dengan rakyat sendiri yang hidup dalam kesusahan dan kemiskinan.

Kami amat berharap agar perkara ini dapat diselesaikan segera agar penduduk Kampung Tukau Jaya dapat hidup dengan selesa dan selamat. Kerjasama dengan kerajaan dalam menangani masalah ini dengan sebaik mungkin amatlah dihargai.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak

English version

The residents of Kampung Usaha Jaya Tukau will be homeless

THE case of customary land or NCR land) is increasingly discussed in Sarawak. There are Sarawakians who have been living on inherited land for generations and have not yet been given full ownership rights. Companies or developers who apply for land where local people live easily get land grants and evict the natives from their homes without any compensation.

This happened to the residents of Kampung Usaha Jaya Tukau, Miri, where the residents were evicted without any compensation and were warned to leave immediately or action would be taken by the developer.

The current issue is that the villagers have lived and existed (there are houses and farms) since 1978, and there is evidence of correspondence with the government (Land and Survey) since 1980. During 1980–2023, the government approved the installation of electricity, bitumen roads (Tar), a 6″ water pipe installation system up to the hall/surau area, an annual assistance grant of RM3-5k for Village Development and Security Committee Members (AJKKK) is maintained every year, and so on. After a long time, Lot 187/188 grants were suddenly issued to developers with an estimated area of 1200 acres, including Usahajaya Tukau Traditional Village in 2009. With the granting of this land grant to the developer, the villagers became the party that occupied the land illegally, and the first summons issued to evict all the villagers without trial was in 2016. This is among the expressions of the villagers.

The villager said, “if after 7 years we STAY or resist so as not to be driven out of our village, then we have reached the end of being driven out, and the villager is still fighting to claim their rights”.

Villagers hope that the Resettlement Scheme (SPS) and Village Expansion Scheme (SPK) projects can be implemented immediately so that they do not lose everything. At least there is a shelter and a place to earn a living after their homes are invaded.

Villagers complain that they have applied dozens of times for land grants for their houses and farms, but instead, companies and corporate developers or development properties easily own their land. They were also promised that they would be given a new settlement if the existing land was taken by the developer, but until now there is still no solution regarding the plight of those who had to leave their homes.

Most of the villagers are farmers and fishermen. From farming and fishing, they can support the family’s daily life. Some of their crops have already been destroyed by the developer, and their house had to be demolished because of a warning from the developer to leave immediately.

Try to imagine if the villagers were evicted from the house they had occupied for decades. Where do they want to live, and what about the fate of their children, who still need a comfortable and safe place to live? The government in particular that governs Sarawak now needs to pay attention to the plight of the people of Kampung Usaha Jaya Tukau.

Give them a comfortable place to live and a place where they can cultivate or a place where it is easy for them to make a living for a day before being ordered to move from their current place of residence. Without land to live on and work on, they cannot continue their daily lives, especially now that the cost of living is increasing.

We urge the Resettlement Scheme (SPS) and Village Expansion Scheme (SPK) Project, a state government initiative to provide more comfortable, planned and complete residential lots with basic amenities for villagers affected by eviction from their homes.

To the Premier of Sarawak, please help the people of Kampung Usaha Jaya Tukau who are being persecuted. The Sarawak government needs to be concerned about the fate of the people of Kampung Usaha Jaya Tukau because they also have the right to their place of residence. Don’t prioritize rich developers over the people themselves who live in hardship and poverty.

We sincerely hope that this matter can be resolved soon so that the residents of Kampung Usaha Jaya Tukau can live comfortably and safely. Cooperation with the government in dealing with this problem as best as possible is greatly appreciated.

JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner – HARAKAHDAILY 22/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -