Eropah semakin panas berbanding benua lain

- Advertisement -

LONDON: Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, Eropah semakin panas berbanding benua lain, dengan suhu meningkat dua kali ganda berbanding kadar purata global, menurut laporan baharu Pertubuhan Meteorologi Dunia.

- Advertisement -

Laporan Iklim Negara Eropah 2022 menunjukkan bahawa sejak lapan tahun lalu, suhu global secara konsisten mencapai rekod tertinggi, menjadikannya tempoh paling panas dalam rekod, lapor Agensi Anadolu.

Tahun 2022 merupakan tahun kelima paling panas di dunia, terutamanya pelbagai wilayah di seluruh dunia menyaksikan paras suhu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Eropah, khususnya, mengalami musim panas terpanas pernah direkodkan, mengatasi rekod sebelum ini pada 2021 iaitu 0.3 – 0.4 Celsius.

Di barat Eropah pula, termasuk United Kingdom, keadaan gelombang haba yang terik melanda, dengan suhu melebihi 40 Celsius (104F) buat kali pertama.

Selain itu, purata suhu permukaan laut mengelilingi laut Eropah mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

Keadaan cuaca menyebabkan kematian 16,000 orang di benua itu pada tahun lepas, 99.6 peratus daripadanya berpunca daripada gelombang haba.

Antara tahun 1993 dan 2022, purata paras laut global mengalami kenaikan kira-kira 9.7 sentimeter (3.9 inci).

Laporan itu juga menunjukkan kadar kenaikan paras laut menyaksikan peningkatan mendadak yang berterusan dalam, dengan dekad yang lalu menunjukkan peningkatan purata sebanyak 4.2 milimeter setahun.

Pengarah Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU) berkata mereka menjangkakan kenaikan suhu akan berterusan.

“Malangnya, itu tidak boleh dianggap sebagai peristiwa sekali sahaja atau anomali dalam iklim,” kata Buontempo, sambil menambah gelombang haba yang melampau mungkin berlaku lebih kerap dan intensif. – BERNAMA-AGENSI ANADOLU

- Advertisement -