Reading didakwa gagal bayar gaji pemain

- Advertisement -

Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) mendakwa Reading FC kerana melanggar beberapa peraturan berikutan kegagalan membayar gaji pemain sebanyak tiga kali musim lalu.

- Advertisement -

Reading dipotong enam mata pada April lalu selepas mengaku gagal mematuhi sekatan belanjawan.

Pemotongan mata akhirnya menyebabkan Reading tersingkir dari divisyen dua apabila menduduki tempat ke-22.

“Dakwaan itu berkaitan kegagalan kelab memenuhi kewajipan membayar gaji pemain tepat pada masa dan sepenuhnya pada atau sekitar 31 Oktober 2022, 30 November 2022 dan 28 April 2023,” kata EFL dalam satu kenyataan.

“Yongge Dai, pemilik kelab turut didakwa menyebabkan kelab melanggar peraturan EFL walaupun dia komited untuk membiayai keperluan tunai kelab.”

EFL berkata, Reading dan Dai mempunyai masa sehingga 29 Jun untuk menjawab dakwaan itu. – REUTERS

- Advertisement -