‘Harakah delivery team’ dirai

- Advertisement -

PASUKAN ini juga dikenali Posto Harakah Pemuda PAS Sungai Buloh. Seingat ana pada tahun 2019 Pemuda PAS Sungai Buloh membuat perancangan untuk membantu edaran Harakah cetak sampai ke bawah. 

Pejam celik, pejam celik dah 4 tahun Posto Harakah ini bergerak.

Bermula dengan seorang amilin sahaja pada peringkat awal, Alhamdulillah kini pasukan Posto Harakah kini telah mencecah 8 orang. 

Harakah diedar secara door to door kepada pelanggan tetap bagi setiap keluaran. 

Mesej serta kalam Pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat dalam Harakah dipastikan sampai sebagai bahan info dan bacaan Fikrah.

Malam ini mereka diraikan sebagai satu perhormatan dan penghargaan atas curah keringat yang telah mereka lakukan. 

Terima kasih kepada saudara Nabil Che Anwar penyelaras pasukan yang sentiasa memastikan pasukan ini dirai dan diberikan perhatian dalam penghargaan.

Baju special edition Geng Posto Harakah disampaikan kepada para amilin pada malam ini.

Marilah sama-sama kita doakan agar Allah berikan kekuatan untuk meneruskan usaha murni ini demi kepentingan jemaah. 

USTAZ HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 14/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -