PAS komited perpaduan ummah, integrasi nasional

Demi kesejahteraan rakyat

Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

PAS daripada dahulu tetap teguh mempertahan, memperjuang kedaulatan Islam dan Melayu berasaskan kepada keluhuran Perlembagaan dan perpaduan ummah selaras dengan apa yang telah diusahakan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

- Advertisement -

Perpaduan ummah dan integrasi nasional adalah kunci kestabilan pemerintahan serta politik negara kerana majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu.

Kestabilan telah terbukti apabila kumpulan majoriti menerajui pemerintahan dan menjaga hak kaum-kaum lain dalam masa yang sama.

Kombinasi PN-Perpaduan Ummah adalah adalah alternatif terbaik berbanding PH-Umno yang didominasi oleh DAP dan diikat dengan penipuan luar tabi’e (No DAP, No Anwar) yang dicanangkan oleh pemimpin political chameleon atau ‘mengkarung politik’ sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

PAS berpegang teguh pada pendekatan politik secara aman, matang dan sejahtera dan tegas menolak sebarang pencabulan terhadap kesucian Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

PAS dan PERIKATAN NASIONAL akan terus membawa agenda perpaduan ummah berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai satu formula ampuh kestabilan politik dan pentadbiran negara.

“Malaysia Sejahtera”

YB IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
10 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 10/6/2023

- Advertisement -