Jelaskan atau hanya dakwaan kosong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin Covid-19 penting untuk memberikan gambaran secara menyeluruh mengenai pengurusan perolehan vaksin ketika pandemik melanda negara.

- Advertisement -

Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) berkata, kertas putih itu juga membolehkan penelitian terhadap tatacara perolehan dilakukan dan menilai terma perjanjian bekalan vaksin yang dibuat ketika darurat.

Namun, katanya ada pihak mendakwa bahawa perolehan dan kos pembelian vaksin tidak mengikut prosedur serta dilakukan tanpa persetujuan Peguam Negara ketika itu.

“Saya mohon kementerian memberi penjelasan, iaitu sejauh manakah dakwaan itu adalah benar?

“Saya dapati dakwaan ini terus didiamkan tanpa perkembangan melalui sebarang siasatan,” katanya ketika perbahasan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin Covid-19 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau melahirkan kebimbangan bahawa dakwaan terbabit sebenarnya adalah dakwaan kosong jika siasatan menyeluruh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana pihak berkuasa tidak dilakukan. – HARAKAHDAILY 8/6/2023

- Advertisement -