Jihad pendidikan dan generasi rabbani

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH! Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan program dan lebih 1,500 yang hadir ke Himpunan Pendidik Kebangsaan dan Sambutan Hari Guru 2023 semalam.

- Advertisement -

Program yang julung kali diadakan bersama ini menggabungkan PASTI Malaysia, SRITI Malaysia dan SMITI Malaysia di bawah naungan Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Lajnah Pendidikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat serta melibatkan pelbagai entiti, institusi dan NGO pendidikan.

Program telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad dengan turut sama hadir Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Bertempat di Taman Tamadun Islam (TTI) Convention Centre, Kuala Terengganu, Terengganu, tema “Guru Mithali Pemangkin Generasi Rabbani” dipilih sempena memperingati jasa dan pengorbanan guru mendidik anak bangsa melahirkan generasi rabbani.

Tahniah dan jazakumullahu khairal jaza’ kepada jawatankuasa penganjur, tuan rumah Terengganu dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Himpunan Pendidik Kebangsaan dan Sambutan Hari Guru 2023.

Semoga segala penat lelah dirahmati Allah dan diganjari dengan syurga. Allahumma aamiin.

Tahniah juga kepada semua pemenang anugerah seperti berikut:

Senarai Penerima Anugerah

PASTI Malaysia

Guru Cemerlang PASTI

1. Cikgu Nora binti Abdul Jalil 
2. Cikgu Azizan binti Awang 
3. Cikgu Sabiha binti Spian

Guru Inovatif PASTI
Cikgu Ruzita binti Md Jaafar

Tokoh Guru Siti Khadijah
Cikgu Zaimah binti Zainabdin

Tokoh Guru PASTI 2023
Cikgu Nora binti Abdul Jalil 

SRITI Malaysia

Anugerah Kepimpinan SRITI
Ustaz Mohamad Redhuwan bin Zaini

Anugerah Tokoh Guru SRITI
Ustazah Siti Fatimah binti Ismail

Anugerah Khas Ustaz Abu Bakar Chik
Ustaz Mohd Azrul Hisyam bin Salleh

SMITI Malaysia

Anugerah Kepimpinan SMITI
Ustaz Mohd Fauzan bin Madzlan

Anugerah Guru Cemerlang SMITI
Ustaz Mohammad Iqbal bin Abu Yaziz

Lajnah Pendidikan PAS Pusat

Tokoh Ulamak Pondok
1. Almarhum Dr. Abu Bakar bin Abdullah
2. Sheikh Wazir bin Che Awang
3. Sheikh Muhd Zainul Asri bin Muhd Romli

Tokoh Pendidik Sarjana
1. Professor Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh
2. Professor Dr. Mohd Suffian bin Yusoff

Tokoh Pendidik Masyarakat
Dr. Wahibah binti Twahir @ Haji Tahir

MUHTAR SUHAILI
Ketua Sektor Pendidikan
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 28/5/2023

- Advertisement -